Anda di sini

Isteri harap suami ditemui

Advertisement
 Roslina, isteri anggota PGA yang hilang berkata sesuatu kepada anaknya. 
SUASANA PILU: Roslina, isteri anggota PGA yang hilang berkata sesuatu kepada anaknya. 

SANDAKAN: "Saya mengharap suami dapat kembali kepangkuan kami sekeluarga dengan selamat," kata isteri Koperal Asman Ongkal, Roslina Sari.

Nada sayu dengan menitis air mata, Roslina berserah kepada Allah untuk menentu segala ketentuan suaminya.

"Saya redha dengan takdir sekiranya suami ditemui sudah tiada," katanya kepada pemberita.

Ibu kepada dua anak ini  hanya mampu berserah kepada Allah.

Roslina serta dua anak dan keluarga hadir di Pusat Operasi SAR sejak jam 6 pagi tadi.

JASMIN JAIN
JASMIN JAIN

Sementara itu, Jasmin Jain, 15, bersekolah di SMK Sandakan memberitahu dia sempat melihat anggota PGA yang dilaporkan hilang dan tidak sempat tarik tangannya sebab dia sudah jauh.

Beliau yang turut membantu rakan-rakannya masih dalam air untuk naik ke bot yang membantu pada ketika itu.

"Sebelum kejadian, saya duduk di bahagian belakang dan terlelap seketika sebelum mendengar bunyi kuat dari bahagian hadapan bot dan air masuk dengan pantas ke dalam bot," katanya.

Jasmin berkata dia dan beberapa rakan lain terus keluar dari belakang bot dan terjun ke laut.

"Selepas itu, saya membantu beberapa rakan sebelum bot-bot yang membantu tiba.

"Ketika sedang membantu rakan-rakan naik ke dalam bot, saya terlihat anggota PGA itu agak jauh dan saya tidak dapat tarik tangannya, masa itu juga keadaan berombak," katanya.

Beliau berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas dan dia tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap anggota PGA itu pada ketika kejadian.

"Selepas kami diselamatkan dan berada di daratan, baru saya mengetahui anggota PGA itu dilaporkan hilang," katanya.

Jasmin hanya menerima rawatan susulan di Pusat Operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan perubatan.

Seorang lagi mangsa, Luqmanul Hakim, 17, juga bersekolah yang sama memberitahu lehernya terjerut di tali bot dan tangan kiri tersempit di bangku sebelum dapat melepaskan diri.

LUQMANUL HAKIM
LUQMANUL HAKIM

"Saya menyelamatkan diri dengan berenang ke arah bot yang datang menyelamat sebelum naik ke dalam bot," katanya.

Luqmanul berkata tangan kirinya patah dan ada kesan luka di bahagian leher akibat kejadian itu.

"Saya dirawat di Hospital Duchess Of Kent dan dimasukkan ke dalam wad sebelum hari ini baru dibenarkan balik," katanya.

  • oleh
  • Advertisement