Anda di sini

Empat sekeluarga terjejas rumah musnah terbakar

Advertisement
 Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api daripada merebak ke rumah bersebelahan awal pagi semalam.
TERBAKAR: Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api daripada merebak ke rumah bersebelahan awal pagi semalam.

SIBU: Empat sekeluarga melalui detik cemas apabila rumah separa kembar dua tingkat yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Jalan Nibong Delta awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 pagi.

Setibanya di lokasi katanya, api sedang marak membakar bahagian tingkat atas rumah tersebut.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan dua aliran, satu aliran 100 kawal luar rumah dan satu aliran 200 kaki bentang masuk ke dalam rumah melalui tangga rumah.

“Operasi pemadaman juga disertai pasukan sokongan dari BBP Sungai Merah yang  tiba di tempat kejadian pada jam 5.22 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan.

Katanya lagi, kebakaran disedari pemilik sebelum membangunkan isteri dan dua anaknya lalu bergegas keluar dari rumah.

Tambahnya, kebakaran telah mengaibatkan rumah itu musnah 50 peratus di tingkat atas sahaja.