Anda di sini

Dua atlet SK Sungai Bedaun bakal sertai kem Merentas Desa Labuan

Advertisement
 Mohd Afiq menerima pingat tempat ke-4 daripada Guru Besar SK Patau-Patau, Sazali Haji Dinin selaku pengelola Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSWP Labuan 2020 sambil diperhatikan Guru Besar SK Sungai Bedaun, Dg Sarifah.
TAHNIAH: Mohd Afiq menerima pingat tempat ke-4 daripada Guru Besar SK Patau-Patau, Sazali Haji Dinin selaku pengelola Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSWP Labuan 2020 sambil diperhatikan Guru Besar SK Sungai Bedaun, Dg Sarifah.

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) meneruskan sesi latihan bagi menyediakan atlet-atlet yang akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dalam Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada bulan Mac tahun ini.

Seramai dua orang atlet dari SK Sungai Bedaun iaitu Mohammad Afiq Abdullah dan Nur Washfasha Gapor, telah dipilih berdasarkan kejayaan dan catatan masa larian yang direkodkan dalam edisi Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri, baru-baru ini.

Guru Besar SK Sungai Bedaun, Dg Sarifah A. Mahmod, ketika ditemui berkata, SK Sungai Bedaun bukan sahaja melahirkan generasi baharu yang intelek malah seimbang dari segi jasmani dan ia terbukti dengan penyertaan atlet sekolah ke peringkat kebangsaan pada setiap tahun.  

Katanya, latihan intensif yang diketuai oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum, Mohammad Aizam Abdul Rahim dan Ketua Jurulatih, Mohammad Azwan Saad, telah dijalankan mengikut jadual bagi memastikan stamina atlet-atlet yang bakal bertanding sentiasa pada tahap yang maksimum.

“Persiapan rapi ini juga turut menitikberatkan keselamatan atlet dan mengambil perhatian penuh terhadap risiko kecederaan,”katanya.   

Atlet-atlet SK Sungai Bedaun akan menyertai skuad Wilayah Persekutuan Labuan bagi memburu pingat merentas desa di peringkat kebangsaan kelak.

 Guru Besar SK Sungai Bedaun, Dg Sarifah memerhatikan Nur Washfasha menerima medal tempat ke-3 daripada Guru Besar SK Patau-Patau, Sazali Haji Dinin selaku pengelola Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSWP Labuan 2020.
BANGGA: Guru Besar SK Sungai Bedaun, Dg Sarifah memerhatikan Nur Washfasha menerima medal tempat ke-3 daripada Guru Besar SK Patau-Patau, Sazali Haji Dinin selaku pengelola Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSWP Labuan 2020.