Anda di sini

Dr Ting dilantik sebagai setiausaha politik Chong

Advertisement
 

MIRI: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dilantik sebagai setiausaha politik kepada pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkuatkuasa hari ini.

Chong berkata beliau percaya majoriti penduduk di kawasan Pujut mengakui Dr Ting sebagai seorang yang rajin memberi khidmat kepada masyarakat.

"Saya percaya majoriti mengakui Dr Ting adalah seorang ADUN yang bekerja keras. Saya rasa penduduk Pujut menghargai beliau walaupun tidak layak, beliau akan terus berkhidmat, " katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyerahkan surat lantikan di pejabat DAP Miri.

Jawatan itu membolehkan Ting berhubung dengan agensi kerajaan dan merujuk aduan yang diterima rakyat di Pusat Khidmat.

"Setelah beliau telah dipilih oleh rakyat, dia akan berkhidmat sampai habis penggal DUN. Walaupun tanpa gaji dan elaun sebagai wakil rakyat, dia akan terus berkhidmat," katanya.

Advertisement