Anda di sini

COVID-19: Vietnam kuarantin 10,000 penduduk kampung

Advertisement
 Pegawai kesihatan memakai sut perlindungan di tengah-tengah              kebimbangan mengenai wabak COVID-19 menyemburkan disinfektan ke atas sebuah motosikal di pos pemeriksaan dalam kawasan Son Loi di wilayah Vinh Phuc, Vietnam semalam. — Gambar AFP
LANGKAH BERJAGA-JAGA: Pegawai kesihatan memakai sut perlindungan di tengah-tengah kebimbangan mengenai wabak COVID-19 menyemburkan disinfektan ke atas sebuah motosikal di pos pemeriksaan dalam kawasan Son Loi di wilayah Vinh Phuc, Vietnam semalam. — Gambar AFP

BINH XUYEN: Beberapa kampung di Vietnam de-ngan 10,000 penduduk tidak jauh dari ibu negara telah dikuarantin semalam selepas enam kes Novel Koro-navirus (COVID-19) yang berbahaya dikesan di sana, kata pihak berkuasa.

Penutupan kawasan Son Loi, kira-kira 40 kilometer dari Hanoi, merupakan kua-rantin besar-besaran pertama di luar China sejak virus itu muncul dari sebuah bandar raya tengah China pada hujung tahun lepas.

“Pada 13 Februari 2020, kami akan segera melaksanakan tugasan pengasingan dan kuarantin ke atas kawasan wabak dalam kawasan Son Loi,” kata satu kenyataan kementerian kesihatan.

“Garis masa adalah selama 20 hari.”

Son Loi merupakan sebuah kawasan pertanian yang terdiri daripada beberapa kampung.

Kementerian kesihatan sebelum ini berkata lima orang di Son Loi telah dijangkiti virus berkenaan, dan melaporkan kes keenam semalam.

Semalam pos pemeriksaan disediakan di sekitar kawasan terbabit, menurut pemberita AFP di Binh Xuyen, sebuah daerah di pinggir Son Loi.

Pegawai kesihatan yang memakai sut perlindungan menyembur disinfektan ke atas kenderaan di tepi pos pemeriksaan.

Penduduk kampung Tran Van Minh memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa sudah pun menasihatkan penduduk untuk mengelak perhimpunan besar.

“Kehidupan terjejas te-ruk,” katanya kepada AFP menerusi telefon, dan menambah kebanyakan tenaga buruh bergantung kepada pekerjaan dalam pembinaan dan mengecat rumah.

“Sekarang kami tidak dapat keluar dan kalau pun kami dapat keluar, pelanggan tidak akan begitu mengalu-alukan kami seperti sebelum ini.”

Lebih 1,350 orang sudah mati di China kerana virus berkenaan, dan hampir 60,000 lagi sudah dijangkiti, sejak ia pertama kali dikesan dalam wilayah Hubei pada awal Januari lepas.

China telah mengenakan kuarantin yang luar biasa di seluruh Hubei, dengan mengurung kira-kira 56 juta orang, dalam usaha untuk menyekat penularannya.

Puluhan juta penduduk di bandar raya lain yang ber-ada jauh dari pusat wabak turut dikenakan sekatan perjalanan.

Virus itu turut memberi kesan yang amat besar pada peringkat global, dan ramai negara melarang orang yang tiba dari China dalam usaha untuk menyekat penularan penyakit itu.

Vietnam, yang berkongsi sempadan yang polos de-ngan China, mempunyai 16 kes yang sah bagi virus ber-bahaya itu, termasuk kes di Son Loi.

Vietnam melarang semua penerbangan berulang-alik ke tanah besar China dalam usaha untuk menyekat penyebaran virus terbabit.

Ia turut menggantung visa pelancongan baharu bagi warga China atau orang asing yang sudah berada di China sejak dua minggu lepas. — AFP