Anda di sini

35 sekolah rendah di Parlimen Sibu akan terima majalah ‘Saintis Muda’

Advertisement
 Ling (empat kiri) menyerahkan majalah ‘Saintis Muda’ kepada Chua di Sibu, semalam.
UNTUK RAKYAT: Ling (empat kiri) menyerahkan majalah ‘Saintis Muda’ kepada Chua di Sibu, semalam.

SIBU: Sebanyak 35 sekolah rendah di bawah Parlimen Sibu akan menerima majalah sains bertajuk ‘Saintis Muda’ dari Ahli Parlimennya Oscar Ling.

“Dari jumlah keseluruhan, 24 buah sekolah adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 11 sekolah lagi adalah Sekolah Kebangsaan (SK).

“Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akan menerima majalah tersebut.

“Pengedaran majalah sains ini adalah atas inisiatif P212 Pusat Khidmat Parlimen Sibu,” katanya ketika ditemui pemberita di SJKC Methodist di sini selepas menyerahkan majalah tersebut di sini, semalam.

Ling menyerahkan majalah tersebut kepada Guru Besar SJKC Methodist Chua Eng Chioh.

Menurutnya lagi, pemberian majalah sains itu juga adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan kerajaan PH selaras usaha menggalakkan murid-murid menanam minat dalam bidang sains seawal usia.

Ling memberitahu, pengedaran majalah sains itu bermula di SJKC Methodist.

“Murid-murid sekolah akan menerima majalah itu secara bulanan sehingga Disember,” tambahnya lagi.

Advertisement