Anda di sini

Mencegah jangkitan Covid-19

Advertisement
 

BARU-BARU ini Malaysia dan negara seluruh dunia diuji dengan pelbagai risiko wabak penyakit berbahaya, seperti Covid-19 sehingga  menyebabkan kerajaan menekankan langkah-langkah perlindungan diri.

Pada 11 Febuari lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan nama baharu untuk Koronavirus yang sebelum ini dikenali sebagai 'penyakit pernafasan akut 2019-nCoV', kini mempunyai nama rasmi 'Covid-19'. 'Co' bermaksud 'corona', 'vi' untuk 'virus' dan 'd' untuk 'penyakit', manakala '19' adalah untuk tahun penemuannya.

Seperti diketahui, wabak ini mula-mula dikenal pasti pada 31 Disember 2019 di bandar Wuhan, Hubei, China. WHO mengatakan bahawa memilih nama itu juga bertujuan mengelakkan rujukan kepada lokasi geografi, spesies haiwan atau kumpulan tertentu. Penentuan nama juga sesuai dengan cadangan antarabangsa yang bertujuan mencegah stigmatisasi.

 Berdasarkan maklumat syarikat pengeluar pesawat, udara di dalam kabin dikitar semula selepas melalui tapisan udara partikel keberkesanan tinggi (HEPA). Ini bermaksud kebarangkalian untuk kita terdedah kepada bakteria.
KEBARANGKALIAN: Berdasarkan maklumat syarikat pengeluar pesawat, udara di dalam kabin dikitar semula selepas melalui tapisan udara partikel keberkesanan tinggi (HEPA). Ini bermaksud kebarangkalian untuk kita terdedah kepada bakteria.

Rekod kematian secara drastik telah menimbulkan keresahan orang awam akan keselamatan seisi keluarga menjauhlah dari sebarang jangkitan termasuk, seboleh-bolehnya tidak berpergian dengan pesawat  dan mendapatkan stok topeng muka dan hand sanitizer.

Tahukah anda bahawa sistem pengudaraan yang baik dalam pesawat menyebabkan risiko jangkitan Covid-19  antara penumpang menaiki
penerbangan sama adalah sangat rendah.

Takut apa boss? Berdasarkan maklumat syarikat pengeluar pesawat, udara di dalam kabin dikitar semula selepas melalui tapisan udara partikel keberkesanan tinggi (HEPA). Ini bermaksud kebarangkalian untuk kita terdedah kepada bakteria dan virus menerusi kitaran udara (dalam pesawat) adalah sangat rendah.

Malah, disebabkan sistem pengudaraan yang baik dan sangat berkesan, udara di dalam kabin pesawat adalah lebih bersih berbanding bangunan pejabat serta setaraf kualiti di kebanyakan hospital.

 Para petugas memakai pakaian pelindung di satu jalan di Wuhan pada 30 Januari 2020.
PERLINDUNGAN: Para petugas memakai pakaian pelindung di satu jalan di Wuhan pada 30 Januari 2020.

Hal ini kerana bekalan udara dalam pesawat moden sangat berbeza berbanding anda berada dalam kediaman atau sesebuah bangunan. Dalam pesawat, udara yang dihasilkan adalah gabungan udara segar dan separuh udara yang berulang. Udara yang diulangi ini akan melalui penapis jenis yang sama dalam bilik operasi pembedahan. Bukan itu sahaja, bekalan air yang dibekalkan pula terjamin sehingga 99.97 peratus (atau lebih baik) tanpa virus atau zarah lain. Ini bermaksud
sekiranya risiko jangkitan virus ini wujud, ia bukanlah dari udara.

Bagaimanapun, kita haruslah menerapkan amalan menjaga kebersihan diri dan kerap membasuh tangan, selain mematuhi etika ketika batuk dalam khalayak umum. Kaedah yang terbaik boleh dilakukan dengan kerap mencuci tangan dan membersihkan tubuh badan.

Perkara ini sebenarnya lebih berkesan berbanding penggunaan topeng muka atau sarung tangan getah kerana kebersihan yang dijaga dengan
baik dapat memberi perlindungan diri dari serangan pelbagai penyakit.

Nasihat dari pakar perubatan Dr. David Powell, seorang doktor dan penasihat perubatan kepada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Covid-19 ini tidak dapat bertahan lama di tempat duduk penumpang. Cuma hubungan fizikal seseorang membawa risiko jangkitan yang tinggi ketika mereka dalam pesawat.

Tambahnya, penutup wajah dan sarung tangan sebenarnya ‘membantu’ penyebaran dari menghentikan masalah ini.

Dari segi perubatan, kita perlu menyedari bahawa virus atau mikrob lain dapat hidup di setiap kawasan. Hanya dengan berjabat tangan dengan seseorang akan membawa risiko yang tinggi sekiranya permukaan yang disentuh kering dan tidak mempunyai bahan biologi di atasnya.

Ketahanan virus pada permukaan yang basah tidak begitu kuat. Oleh itu, membersih tubuh badan dengan lebih kerap dapat meningkatkan perlindungan diri dari sebarang jangkitan.

Perkara penting ketika dalam pesawat; Antara salah satu yang perlu kita praktikkan ketika dalam pesawat ialah menjaga kebersihan agar kita dapat melindungi diri dari terkena sebarang jangkitan penyakit berbahaya.

 Sebenarnya manfaat penggunaan penutup wajah ini sangat terhad. Ia lebih disarankan untuk mereka yang mengalami keadaan tidak sihat agar tidak memberi risiko kepada orang di sekelilingnya.
TOPENG MUKA: Sebenarnya manfaat penggunaan penutup wajah ini sangat terhad. Ia lebih disarankan untuk mereka yang mengalami keadaan tidak sihat agar tidak memberi risiko kepada orang di sekelilingnya.

Kebersihan tangan - Bagi sesetengah orang yang tidak tahu, bahagian tangan adalah yang mengumpulkan segala jenis kuman dan
bakteria. Justeru, tidak hairanlah virus mudah tersebar biarpun melalui sentuhan.

Elakkan menyentuh muka anda. Sekiranya anda mengalami batuk atau bersin, elakkan menyentuh bahagian muka dengan tangan. Adalah lebih baik menutup dengan menggunakan lengan atau tisu. Pastikan anda membuang sisa-sisa tisu berkenaan ke dalam tong sampah dan segera membersihkan tangan.

Mencuci tangan dan mengeringkannya. Ia adalah prosedur yang terbaik. Bagi sesetengah orang, pastinya anda lebih memilih untuk menggunakan hand sanitizer.

Kesan penggunaan topeng dan sarung tangan. Kebiasaannya, anda akan melihat kebanyakan orang lebih memilih untuk memakai topeng muka sehingga baru-baru ini dikatakan kebanyakan farmasi dan kedai kehabisan stok.

Tidak kisahlah sama ada yang berjenama, yang popular atau yang biasa-biasa, segala topeng, sarung tangan, jenis jenama pembasmi kuman semuanya tidak ada stok. Kebanyakan kedai mengakui permintaan produk ini begitu mendadak pada masa ini selain daripada topeng muka.

Namun, sebenarnya manfaat penggunaan penutup wajah ini sangat terhad. Ia lebih disarankan untuk mereka yang mengalami keadaan tidak sihat agar tidak memberi risiko kepada orang di sekelilingnya.

Bukan itu sahaja, memakai topeng sepanjang masa turut tidak memberikan sebarang kesan. Hal yang lebih teruk lagi sekiranya bertukar lembap, ia akan menggalakkan perkembangan virus dan bakteria.

Manakala, penggunaan sarung tangan mungkin memberikan kesan yang kurang baik kerana orang yang memakainya akan menyentuh segala. Jadi, cara ini akan membantu perpindahan mikroorganisma kepada orang sekeliling.

 Seorang lelaki Cina memakai topeng pelindung apabila dia menunggang eskalator di kawasan membeli-belah di Wuhan, China.
PENCEGAHAN: Seorang lelaki Cina memakai topeng pelindung apabila dia menunggang eskalator di kawasan membeli-belah di Wuhan, China.

Untuk makluman dua hari yang lalu Jabatan Kesihatan di Wuhan, Hubei, China melaporkan kes baharu jangkitan Covid-19 meningkat kepada 14,840 pada Khamis.

Jumlah itu sekali gus merekod peningkatan hampir 10 kali ganda selain angka kematian yang kini mencatat jumlah pertambahan dua kali ganda iaitu 242. Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di China hampir 50,000 dengan lebih 1,360  kematian.

Setakat ini, Covid-19 yang mengundang risiko tinggi dalam kalangan orang tua, kanak-kanak dan orang yang  bermasalah kesihatan itu telah merebak meliputi lebih 30 negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura dengan jumlah pesakit melebihi 60,000.

Demi kesihatan kita bersama, kita harus memantau situasi kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

Memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan adalah tanggungjawab kita.

Advertisement