Anda di sini

Konsert Antarabangsa Paint The World 2020 bakal tampilkan kelainan

Advertisement
 Abdul Karim bersama (dari kiri) Ika dan Aziza merakam kenangan bersama ahli Paint The World yang lain.
SERTAI KAMI: Abdul Karim bersama (dari kiri) Ika dan Aziza merakam kenangan bersama ahli Paint The World yang lain.

KUCHING: Konsert Antarabangsa Paint The World 2020 bakal menampil kelainan daripada penganjurannya sebelum ini kerana dua wanita Pakistan yang bergelut untuk mendapatkan hak-hak mereka.

Shazia Ramzan dan Kainat Riaz yang pernah menjadi mangsa keganasan di negaranya sendiri dengan bantuan warga dunia kini menjalani kehidupan dinikmati wanita di negara lain malah kini melanjutkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di United Kingdom.

“Ini adalah edisi kelima konsert Paint The World diadakan di Sarawak. Kita kerajaan negeri memberi sokongan sepenuhnya kepada penganjuran konsert ini kerana ia berjaya memberi inspirasi serta menyuntik semangat belia Sarawak untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

“Kita percaya konsert ini juga membawa suara keamanan dan mahu berkongsi keceriaan dengan golongan kurang bernasib baik, khususnya kanak-kanak, remaja dan belia,” katanya pada sidang media mengenai penganjuran konsert itu di bangunan Baitulmakmur di sini semalam.

Sementara itu Aziza Aznizan, pengasas Paint the World Malaysia, anak jati Sarawak berkata tujuan utama projek berkenaan ialah membangkitkan kesedaran dalam kalangan belia kurang bernasib baik, mereka juga boleh berjaya.

“Kami akan menjemput kira-kira 300 kanak-kanak dan belia kurang bernasib baik menyaksikan konsert kali ini yang akan diadakan pada 15 Februari 2020, Sabtu,” katanya.

Konsert Antarabangsa Paint The World 2020 akan diadakan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama bermula jam 2.30 petang dan kemasukan adalah percuma.

Selain ceramah, persembahan nyanyian, tarian, tayangan video dan banyak lagi akan diadakan sepanjang konsert berlangsung.

Hadir sama Pengasas Paint The World, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa Ika Torikashvili serta beberapa ahli Paint The World yang lain.