Anda di sini

Juragan, krew kapal ditahan seludup minyak lebih RM83,000

Advertisement
 Minyak yang cuba diseludup serta tangkapan yang ditemukan di dalam kapal dinaiki suspek.
RAMPAS: Minyak yang cuba diseludup serta tangkapan yang ditemukan di dalam kapal dinaiki suspek.

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah berjaya menahan dia individu masing-masing juragan dan krew kapal selepas didapati menyeludup sejumlah minyak diesel dan petrol di sini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan dalam Ops Landai Khas kira-kira jam 8.30 malam oleh Unit Risikan Marin (URM).

“Hasil siasatan dan pemeriksaan di Jeti Angkasa Lama mendapati juragan berumur 51 tahun dan krew kapal itu membawa 550 liter minyak petrol dan 1,600 liter minyak diesel di dalam kapal dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

“Kesemua minyak dianggarkan bernilai RM83,762,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pajeri berkata tangkapan serta rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement