Anda di sini

Fitnah Nancy Shukri, bekas wartawan Joseph Tawie diarah bayar RM25 ribu

Advertisement
Joseph dan Nancy bermaaf-maafan di lobi Mahkamah Kuching.
Joseph dan Nancy bermaaf-maafan di lobi Mahkamah Kuching.

KUCHING: Bekas wartawan Joseph Tawie memohon maaf atas kesalahan menyiarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Supang Lian seterusnya mengarahkan agar Joseph, 74, membayar pampasan sejumlah RM25,000 kepada Nancy. 

"RM10,000 harus dibayar terlebih dahulu kepada plaintif (Nancy) dalam masa 30 hari daripada arahan ini dikeluarkan," ujar Supang dalam prosiding mahkamah pagi ini.

Hakim turut mengarahkan Joseph membuat permohonan maaf menerusi akhbar The Borneo Post. 

Kenyataan itu ditulis Joseph menerusi Facebooknya pada Mei 2019.

Konflik itu bermula apabila Nancy menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan Joseph Tawie bahawa beliau telah mengeluarkan arahan agar majlis sambutan malam Gawai Dayak pada 31 Mei tahun lalu di Kampung Sg. Bulu (Buluh) Sadong Jaya, dibatalkan. 

Nancy berkata dakwaan Joseph itu juga berupa fitnah kepadanya dan pada masa sama boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan penduduk Sarawak khasnya di kawasan Parlimen Batang Sadong.

Turut berada di mahkamah bagi memberi sokongan kepada Nancy ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip. 
 

  • oleh
  • Advertisement