Anda di sini

BJP kalah besar dalam pilihan raya New Delhi

Advertisement
 Penyokong menari ketika meraikan kemenangan AAP dalam pilihan raya New Delhi di Amritsar, India kelmarin. — Gambar AFP
GEMBIRA: Penyokong menari ketika meraikan kemenangan AAP dalam pilihan raya New Delhi di Amritsar, India kelmarin. — Gambar AFP

NEW DELHI: Parti sayap kanan Perdana Menteri India Narendra Modi meng-alami kekalahan besar dalam pilihan raya untuk menguasai ibu negara New Delhi selepas kempen yang menyakitkan hati di mana ia memberi tumpuan kepada usaha untuk mempertahankan undang-undang kerakyatan baharu yang kontroversi.

Pengikut Parti Aam Aadmi (AAP) menari di jalan-jalan dan bermain bunga api selepas ketua mereka Arvind Kejriwal, seorang pegawai percukaian yang menjadi aktivis antirasuah, dengan mudah memenangi penggal kedua pada Selasa.

Kekalahan di Delhi merupakan masalah terbaharu dalam siri masalah yang dihadapi Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi dalam pilihan raya negeri sejak dua tahun lalu.

AAP, atau parti “orang biasa”, memenangi 62 daripada 70 kerusi dewan. BJP pimpinan Modi meningkatkan jumlah kerusinya daripada tiga kepada lapan di bandar raya dengan 20 juta penduduk itu tetapi masih merawat luka selepas mereka menjalankan kempen yang sukar.

Modi, yang menyaksikan partinya menang besar buat kedua kalinya dalam pilihan raya kebangsaan pada tahun lepas, mengucapkan tahniah kepada Kejriwal dan partinya.

“Mendoakan mereka yang terbaik dalam usaha menunai-kan aspirasi rakyat Delhi,” katanya di Twitter.

BJP menggunakan pilihan raya itu untuk mendapatkan sokongan bagi sebuah undang-undang yang melonggarkan peraturan kerakyatan bagi golongan agama minoriti dari Bangladesh, Pakistan dan Afghanistan, tetapi me-ngecualikan orang Islam.

Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam protes berhubung undang-undang itu.

Ia berikrar untuk menamatkan protes terhadap undang-undang itu oleh wanita yang menutup sebatang lebuh raya di New Delhi sejak dua bulan lalu jika dipilih.

Seorang timbalan menteri BJP dilarang untuk berkempen selepas dia melaung “tembak pengkhianat” di satu perhimpunan.

Selepas itu, tiga kejadian tembakan berlaku di demonstrasi di Delhi.

Seorang lagi menteri memanggil Kejriwal seorang “pengganas” dan para pe-mimpin BJP turut melabelnya sebagai ejen musuh utama negara Pakistan.

“BJP mengamalkan po-litik kebencian,” kata timbalan ketua AAP Manish Sisodia.

Seorang sukarelawan yang bekerja untuk AAP maut lewat kelmarin dalam satu kejadian tembakan pasca keputusan yang menyasari konvoi yang membawa seorang penggubal undang-undang, kata parti itu.

Protes terhadap undang-undang kerakyatan merupakan cabaran terbesar yang dihadapi Modi sejak beliau pertama kali menjadi perdana menteri pada 2014.

Penganalisis berkata beliau telah meletakkan harapan ke atas prestasi yang baik di Delhi untuk menghidupkan semula kedudukannya dalam kerajaan yang menuntut identiti Hindu yang lebih besar di negara yang secara rasmi bersifat sekular itu. Orang Islam khususnya berasa disasari.

Kejriwal, 51, berkempen dalam pilihan raya itu de-ngan isu-isu tempatan se-perti bekalan air dan elektrik bersubsidi yang beliau per-kenalkan, selain keselamatan kaum wanita.

Rakyat Delhi telah me-milih “politik kerja”, kata Kejriwal.

Beliau menerima ucapan tahniah daripada ketua menteri beberapa negeri di India, dan ada yang me-nuntut pakatan parti-parti wilayah untuk menentang BJP.

Yogendra Yadav, seorang ahli akademik yang merupakan ahli badan eksekutif AAP sehingga 2015 dan sekarang mempunyai partinya sendiri, berkata keputusan itu jelas menolak Modi dan kempen partinya yang marah.

“BJP menjalankan salah satu kempen yang paling menyakitkan hati dan menjaja kebencian kaum sebagai satu perjudian pilihan raya yang terdesak,” katanya kepada AFP. — AFP

Advertisement