Anda di sini

Serangan bunuh diri di Kabul ragut nyawa orang awam

Advertisement
 Anggota pasukan keselamatan berkawal selepas serangan bunuh diri berhampiran pangkalan Akademi Tentera Marsyal Fahim di Kabul, Afghanistan semalam. — Gambar AFP
BERJAGA-JAGA: Anggota pasukan keselamatan berkawal selepas serangan bunuh diri berhampiran pangkalan Akademi Tentera Marsyal Fahim di Kabul, Afghanistan semalam. — Gambar AFP

KABUL: Serangan bunuh diri menggegarkan ibu negeri Kabul di Afghanistan pada awal semalam, kata kementerian dalam negeri, dengan kematian dan kecederaan dikhuatiri dalam apa yang kelihatan sebagai serbuan besar pertama di bandar itu sejak beberapa bulan.

“Letupan itu merupakan satu serangan bunuh diri yang menyebabkan ke-malangan jiwa di kalangan orang awam,” kata timbalan jurucakap bagi kementerian dalam negeri Marwa Amini.

Seorang saksi berhampiran dengan tempat kejadian di barat Kabul mengesahkan letupan itu.

“Ia merupakan satu letu-pan besar yang menggegarkan kediaman kami. Kami turut mendengar bunyi tembakan selepas itu. Beberapa ambulans telah dihantar ke kawasan itu dengan segera,” penduduk Samiullah, yang dikenali dengan hanya satu nama, memberitahu AFP.

Letupan itu telah menjejaskan keadaan sangat tenang selama beberapa bulan di Kabul dengan spekulasi tersebar luas bahawa Taliban telah mengelak dari menyerang pusat bandar utama dalam usahanya untuk meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS).

Serangan besar terakhir di ibu negeri itu adalah pada November ketika sekurang-kurangnya 12  orang terkorban apabila sebuah van mini yang membawa bahan letupan telah merempuh sebuah kenderaan membawa rakyat asing semasa waktu pagi sibuk di Kabul.

Empat rakyat asing adalah di antara mereka yang tercedera dalam serangan yang menyasarkan sebuah SUV dimiliki oleh syarikat sekuriti swasta dari Kanada, GardaWorld – di sebuah kawasan kejiranan yang ramai orang berhampiran dengan kementerian dalam negeri dan di utara  lapangan terbang Kabul. — AFP

Advertisement