Anda di sini

Proton Saga 2019 dapat sambutan menggalakkan daripada pengguna

 Proton Saga Ruby Red dari pandangan depan.
MENARIK: Proton Saga Ruby Red dari pandangan depan.
 Proton Saga dari pandangan belakang.
BAHARU: Proton Saga dari pandangan belakang.
 Ruangan dalam kereta Proton Saga keluaran 2019.
UNIK DAN SELESA: Ruangan dalam kereta Proton Saga keluaran 2019.

KUCHING: PROTON Holdings Berhad (Proton) telah melancarkan Proton Saga keluaran 2019 pada 6 Ogos tahun lalu iaitu, model kelima yang dilancarkan dalam tempoh lapan bulan.  

Menurut kenyataan akhbar semalam, Proton Saga yang telah bertapak di tanah air selama 34 tahun lalu dengan keluaran melebihi 2,000,000 unit untuk pasaran dalam dan luar negara memberi keyakinan menyeluruh kepada pengguna.

Maklum balas yang telah dikemas kini oleh Proton terhadap model berkenaan daripada pembeli kereta Malaysia sangat menggalakkan.

Lebih daripada 41,000 unit ditempah pada akhir Disember tahun lalu kerana Proton Saga 2019 telah diberi nafas baharu menerusi reka bentuk luaran termasuk bumper depan dan belakang baharu dan satu set roda aloi 15 inci yang menarik.

Peningkatan pengalaman memandu dengan ciri-ciri kawalan pengendalian yang lebih selesa iaitu pemasangan brek yang lebih besar, peningkatan daya henti dan empat kelajuan kotak gear automatik yang baharu.

Proton Saga merupakan yang pertama dalam segmennya yang dilengkapi dengan Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Daya Tarik (TCS), Antilock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA)  Hold Assist (HHA) bafi model standard dan premium.  

Semua varian juga dilengkapi dengan titik pelekap ISOFIX dan beg udara berkembar, yang memberikan model penarafan keselamatan ASEAN-NCAP yang bertaraf empat bintang.

Ia juga didatangkan dengan skrin sentuh berwarna 7 inci dan pengguna telefon pintar Android boleh mengakses aplikasi mereka sepenuhnya menerusi skrin sesentuh ini.

Sistem bunyi telah ditala untuk menyampaikan pengalaman persembahan bunyi yang benar-benar bertaraf dunia.

Proton Saga memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan dan dijual pada harga dari RM32,800 sehingga RM39,800 di seluruh negara.