Anda di sini

Permohonan Chong untuk semakan kehakiman ditolak Mahkamah Persekutuan

Advertisement
 

KUCHING: Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini mengenepikan permohonanan semakan kehakiman dikemukakan Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen (gambar) berhubung saman terhadapnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak.

Penasihat Undang-undang Negeri Dato Sri JC Fong yang memberitahu The Borneo Post demikian, menambah Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membayar kos perundangan RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

"Kita menang. Semakan kehakiman yang dikemukakan Chong ditolak oleh Mahkamah Persekutuan dengan kos RM100,000," katanya.

Pada 2013, Chong mendakwa dana kerajaan negeri RM11 bilion hilang. 

Semakan kehakiman itu difailkan Chong bagi mengenepikan saman daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri pada 2013. 

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuching.