Anda di sini

Pekerja kedai telefon bimbit didakwa bunuh buruh

Advertisement
 Lim (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Muar semalam atas pertuduhan membunuh seorang buruh lelaki bulan lepas. — Gambar Bernama
DIDAKWA: Lim (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Muar semalam atas pertuduhan membunuh seorang buruh lelaki bulan lepas. — Gambar Bernama

MUAR: Seorang pekerja kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang buruh lelaki, bulan lepas.

Lim Yew Lung, 32, didakwa membunuh Tsun Chin Kiang, 43, di kedai menjual peralatan telefon di Jalan Perwira 1, Taman Perwira di sini, antara 1.41 pagi dan 4.15 pagi, 29 Jan lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Zuraidah Abu Bakar, kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 11 Mac untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mustaqim Sukarno, manakala Lim diwakili peguam, R.K. Balakrishnan. — Bernama

Advertisement