Anda di sini

COVID-19 di China, angka korban terus meningkat 1,113 orang

 
Grafik hiasan

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak novel koronavirus di tanah besar China meningkat kepada 1,113 orang dan jumlah kes disahkan mencecah 44,653, kata jawatankuasa kesihatan negara China pada Rabu.

Semalam, angka korban adalah seramai 1,016 orang dan jumlah kes disahkan sebanyak 42,638, lapor agensi berita Sputnik.

"Menjelang tengah malam 11 Februari, maklumat dari 31 wilayah...kira-kira 44,653 kes, termasuk 38,800 orang dijangkiti (8,204 berada dalam keadaan kritikal); 4,740 orang dibenarkan keluar hospital dan 1,113 meninggal dunia," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan. - Bernama