Anda di sini

Bot sarat pelarian Rohingya karam dekat Bangladesh

 Pelarian Rohingya dilihat menunggu di satu kawasan di Teknaf semalam selepas sebuah bot yang membawa kira-kira 130 orang karam di luar selatan Bangladesh. — Gambar AFP
SEDIH: Pelarian Rohingya dilihat menunggu di satu kawasan di Teknaf semalam selepas sebuah bot yang membawa kira-kira 130 orang karam di luar selatan Bangladesh. — Gambar AFP

COX’S BAZAR: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan beberapa lagi hilang selepas sebuah bot membawa pelarian Rohingya karam di luar selatan Bangladesh pada awal semalam, kata pihak berkuasa.

Kira-kira 130 orang telah bersesak di atas kapal tunda nelayan yang cuba menyeberangi Selat Bengal ke Malaysia, jurucakap pe-ngawal pantai Hamidul Islam memberitahu AFP. Seramai 70 orang daripada mereka setakat ini telah diselamatkan.

Ramai daripada lebih 700,000 orang Rohingya yang melarikan diri daripada tindakan keras tentera di Myan-mar pada 2017 telah cuba meninggalkan kem pelarian yang terlalu sesak di daerah Cox’s Bazar di Bangladesh dengan menggunakan bot menuju ke Malaysia.

Islam berkata bot itu me-rupakan salah satu daripada dua kapal yang melakukan perjalanan berbahaya itu.

“Kami telah menemui sebuah bot karam. Kese-mua mereka kebanyakannya dari kem pelarian di Cox’s Bazar. Kami belum mene-mui sebarang petanda bagi bot kedua lagi. Kami akan meneruskan operasi kami,” jelas Islam.

“Setakat ini kami telah menemui 14 mayat dan 70 orang yang masih hidup,” komander pengawal pantai Naim ul Haq memberitahu AFP, sambil menambah bahawa bot-bot pengawal pantai dan tentera laut sedang memeriksa berhampiran pulau St Martin.

“Mereka telah diperdaya oleh penyeludup,” kata komander pengawal sempadan Faisal Hasan Khan.

Malaysia merupakan destinasi pilihan bagi pelarian Rohingya kerana ia merupakan sebuah negara majoriti Islam dam memiliki diaspora Rohingya yang besar.

Dengan sedikit peluang pekerjaan dan pendidikan di kem tersebut, ribuan orang telah cuba berhijrah ke negara lain di Asia Tenggara.

Sejak tahun lepas, beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang di Bangladesh telah menahan lebih 500 pelarian Rohingya dari beberapa kampung pantai dan bot ketika mereka menunggu untuk menaiki bot.

Sekurang-kurangnya tujuh penyeludup manusia yang disyaki telah ditembak mati pada 2019 dalam pertempuran dengan polis.

Penyeludupan sering bertambah sepanjang tempoh November-Mac ketika laut adalah lebih selamat bagi kapal nelayan kecil yang digunakan dalam perjalanan berisiko itu.

Gelombang terbaharu pe-larian Rohingya dari wilayah Rakhine di Myanmar me-nyertai kira-kira 300,000 yang telah meninggalkan negara untuk sampai di Bangladesh.

Dianggarkan 25,000 orang Rohingya meninggalkan Bangladesh dan Myanmar menaiki bot-bot pada 2015 untuk pergi ke Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Ratusan maut apabila bot-bot yang terlalu penuh karam. — AFP