Anda di sini

AirAsia dan Pestle & Mortar Clothing jalin kerjasama

Advertisement
 Rudy (lima kiri) dan Hugh pada perasmian PMC x AirAsia S.E.A. Pride Collection at  REXKL di Kuala Lumpur, semalam.
DILANCAR: Rudy (lima kiri) dan Hugh pada perasmian PMC x AirAsia S.E.A. Pride Collection at REXKL di Kuala Lumpur, semalam.

KUCHING: AirAsia dan Pestle & Mortar Clothing semalam telah melancarkan ‘PMC x AirAsia: S.E.A. Pride’ sebuah koleksi kapsul eksklusif yang meraikan kemegahan rantau Asia Tenggara serta budaya dan rakyatnya.

Menurut kenyataan akhbar semalam, ia direka oleh tujuh pereka dari Asia Tenggara dari Malaysia (Pestle & Mortar Clothing), Vietnam (Headless), Kemboja (Lisa Mam and Peap Tarr), Thailand (Mamablues), Filipina (Don’t Blame The Kids) dan Singapura (Sam Lo).

Koleksi tersebut dijangka akan menarik perhatian kerana para pereka diberi kebebasan kreatif sepenuhnya dalam mengekspresikan erti Asia Tenggara melalui gaya mereka, seterusnya mengangkat bakat para pereka dan artis Asia Tenggara.

Majlis telah dilancarkan oleh Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing Hugh Koh di REXKL.

Koleksi tersebut mengetengahkan tujuh pakaian dan aksesori seperti tiga helai baju T, sebuah topi, satu tag bagasi, sebuah beg dan satu set pin dengan tiga rekaan.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama tempatan seperti Pestle & Mortar Clothing, untuk meningkatkan jenama Asia Tenggara dalam tawaran gaya hidup kami.

“Kerjasama ini membuka peluang kepada para pereka di rantau ini untuk bersama-sama menaikkan nama dan rekaan mereka di rangkaian luas kami dan dalam talian.

“Kami berharap kerjasama ini bukan sahaja akan menggalakkan lebih ramai pereka di Asean untuk mencari cara baharu dalam mengetengahkan jenama dan warisan mereka,” kata Rudy.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing Hugh Koh berkata, pihaknya bukan sahaja jenama, tetapi juga pencerita. Di Pestle & Mortar Clothing, kami bercerita melalui kanvas yang mana kami berharap dapat mencetuskan perbualan dan menunjukkan kemampuan bakat-bakat di Asia Tenggara, ujarnya.

Kerjasama dengan AirAsia adalah sangat istimewa kerana ianya bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-10 kami dan pada masa yang sama kami dapat menyerlahkan cerita Asia Tenggara dengan sebuah koleksi daripada tujuh pereka berbeza.

Koleksi baharu tersebut boleh didapati bermula 15 Februari ini di dalam penerbangan terpilih AirAsia, butik Major Drop Sunway Pyramid, Major Drop Midvalley, pestlemortarclothing.com dan ourshop.com.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Advertisement