Anda di sini

Larian membawa obor keamanan

Advertisement
 Peserta Peace Run 2020 bergambar sebaik menamatkan larian.
PESERTA: Peserta Peace Run 2020 bergambar sebaik menamatkan larian.

300 peserta jayakan Rotary Peace Run 2020 di KK

LEBIH 300 orang  termasuk 70 peserta dari berbagai negara di seluruh dunia menyertai Rotary Peace Run 2020 yang diadakan di Kota Kinabalu, 4 Februari lalu.

Peserta-peserta  itu mewakili 33 negara menyertai Larian Keamanan itu, antaranya; Australia, Austria, Belarus,Brazil,Bulgaria,Kanada,Croatia, Republik Czech, Finland, Perancis, Jerman, Guatemala, Hungary,Itali, Jepun, Kyrgyztan, Macedonia, Maldives, Mongolia, New Zealand, Poland, Puerto Rico, Romania, Rusia, Serbia, Singapura, Slovakia, Korea Selatan, Switzerland, Ukraine, Amerika Syarikat serta Indonesia dan Malaysia sebagai tuan rumah.

Sri Chinmoy Oneness-Home Peace Run adalah sebuah acara larian sedunia yang membawa obor melambangkan aspirasi seluruh manusia untuk hidup lebih damai.

Sejak diadakan pertama kali pada tahun 1987, Peace Run berkembang supaya salah acara larian yang terbesar dan terpanjang untuk keamanan.

Sehingga kini, obor larian itu sudah melalui 150 negara dengan dibawa oleh pelari-pelari termasuk tokoh-tokoh berpengaruh dan kali ini tiba di Kota Kinabalu, Sabah.

 Salil Wilson dan Krishna Djelani memegang obor larian.
PEGANG OBOR: Salil Wilson dan Krishna Djelani memegang obor larian.

Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu bekerjasama dengan The International Sri Chinmoy Oneness-Home Peace Run menganjurkan larian keamanan sedunia 'Rotary Peace Run 2020'. Larian bertaraf antarabangsa itu adalah inisiatif Rotary Club dan murid Sri Chinmoy dari seluruh dunia dan diadakan di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) pada 4 Februari lepas.

Pelbagai acara menarik diadakan dalam program itu. Selain pawai bendera dari ratusan negara, ratusan siswa SIKK mengadakan persembahan seni budaya Indonesia melalui tarian kreatif, nyanyian 'heal the world' diiringi angklung, pesan perdamaian agar insan di seluruh dunia mencintai kedamaian.

Dalam program kali ini  SIKK dinobatkan sebagai salah satu sekolah perdamaian dengan dianugerahi 'Sri Chinmoy Peace-School' dari The Internasional Sri Chinmoy Oneness-Home Peace Run dan Rotary Club yang disampaikan oleh Dr. Agraha, ditandai penyerahan obor yang disaksikan RAy Febri H. Dipokusumo dan Konjen Krishna Djelani didampingi PF.Pensosbud Debbi Oktarossa, Kepala SIKK Dadang Hermawan dan ahli-ahli Rotary.

Konsul Jenderal RI Kota Kinabalu Bapak Krishna Djelani mendapat penghormatan tersendiri dengan anugerah 'Torch-Bearer Medal' yang disampaikan oleh Pengarah Sri Chinmoy Oneness-Home Peace Salil Wilson.

 Zainie menyampaikan cenderamata kepada Salil Wilson.
CENDERAMATA: Zainie menyampaikan cenderamata kepada Salil Wilson.

Larian Keamanan atau Peace Run perdana yang diadakan di Kota Kinabalu ini berlangsung unik dan meriah. Unik memikat, tarian wayang dan irama angklung dibawakan oleh siswa SIKK ketika menyambut delegasi Rotary Club dan ahli-ahli Peace Run Team. Penampilan menarik itu juga disambut ‘standing ovation’. 

Selain dimeriahkan oleh pertunjukan siswa SIKK, beberapa lagu karya Sri Chinmoy bertema Indonesia dan Malaysia dibawakan Sri Chinmoy International Choir yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal berbagai budaya negara-negara lain turut dibawakan oleh Peace Run Team.

 Peserta Peace Run 2020 dan siswa SIKK bersama-sama menyeru cinta perdamaian.
DEMI PERDAMAIAN: Peserta Peace Run 2020 dan siswa SIKK bersama-sama menyeru cinta perdamaian.

Sebelum itu, acara dimulakan dengan, lagu kebangsaan Indonesia dan Malaysia serta lagu mars Rotary Internasional dinyanyikan hadirin. 

Rotary Peace Run 2020 secara rasmi berlangsung selepas api obor dinyalakan oleh Konjen Krishna bersama Sri Chinmoy Oneness-Home Peace Run dan ahli-ahli Rotary.

Dalam ucapannya, Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Krishna Djelani mengalu-alukan kehadiran delegasi dan ahli Rotary Club dari berbagai negara di seluruh dunia.

Beliau menyatakan perasaan gembira dan menyifatkan satu penghormatan kerana KJRI diajak bersama-sama menganjurkan Peace Run 2020 yang diselenggarakan di SIKK.

“Semoga ekspresi damai yang kita tunjukkan ke dunia internasional melalui Rotary Peace Run 2020 ini menjadi inspirasi semangat perdamaian bagi seluruh umat manusia," kata Konjen.

Turut menyampaikan ucapan dalam majlis itu ialah Rotary Club District Governor 3420 (Indonesia) sekaligus Kordinator acara RAy Febri Hapsari Dipokusumo dan  Rotary Club District Governor 3310 (Malaysia) Datuk Haji Zainie Abdul Aucasa.

 Krisha, RAy Febri, Mr Salil, Zainie dan kenamaan memegang obor larian.
KOMITMEN: Krisha, RAy Febri, Mr Salil, Zainie dan kenamaan memegang obor larian.

RAy Febri Hapsari Dipokusumo berkata kehadiran pelari-pelari keamanan dari berbagai negara di dunia adalah untuk menyebarkan dan membawa pesan perdamaian bertajuk ‘Peace Run 2020', pesan-pesan keamanan dan kedamaian itu disampaikan melalui larian sambil membawa obor keamanan.

RAy Febri juga mengucapkan penghargaan kepada The Rotarian dan Peace Run Team yang hadir di SIKK untuk melihat betapa besarnya Indonesia dan merasakan harmoni yang indah antara Indonesia dan Malaysia.

“Saya bangga disini, Sekolah ini dipilih oleh Tuhan untuk menyampaikan pesan perdamaian. ‘matur nuwun’ terkhusus kepada Konjen Krishna atas perkenan berpartisipasi membantu kami merealisasikan mimpi. Never give up and always keep the spirit of peace in your heart,” kata Febri.

Sementara itu, Datuk Hj. Zainie Abdul Aucasa berkata, pihaknya berasa bangga kerana Kota Kinabalu, Sabah Malaysia dipilih sebagai tempat untuk  penyelenggaraan Rotary Peace Run 2020. 

Beliau juga memuji i KJRI Kota Kinabalu dan SIKK yang berjaya  menghimpunkan ahli-ahli Kelab Rotary dari serata dunia
Beliau berharap kerja sama Rotary District Sedunia khususnya Rotary District 3420 dan 3310 dapat terus erat terjalin senada dengan perdamaian global yang terus dipromosikan. “Ini adalah wujud ‘Rotary Connects the World’," katanya.

Sementara itu, Pengarah Sri Chinmoy Oneness-Home Peace Run Salil Wilson berkata, tujuan kegiatan ini adalah untuk membangkitkan kesedaran akan pentingnya perdamaian bagi seluruh umat manusia.

“Spirit menjaga harmoni, cinta, persahabatan dan perdamaian yang ditunjukkan kita semua di tempat ini, membuat kami kian semangat melanjutkan berlari, berlari mengelilingi dunia membantu menyebarkan pesan damai,” katanya.

Wilson juga mengajak pasukan Pelari Sri Chinmoy Oneness-Home Peace Run untuk menyanyikan lagu bertema Indonesia dan Malaysia, karya Sri Chinmoy ketika mengunjungi kedua negara bertetangga  yang mengandung inspirasi perdamaian.

 Antara tetamu kehormat dalam majlis itu.
KEHORMAT: Antara tetamu kehormat dalam majlis itu.

Kemudian acara kemuncak pada hari itu ialah peserta berlari membawa obor Perdamaian  menyusuri jalan 3B KKIP Selatan 2 di sekitar lokasi SIKK oleh rombongan Peace Run bersama siswa SIKK. 

Program itu juga diserikan dengan acara bertukar cenderamata. Bapak Konjen Krishna, RAy Febri Dipokusumo, Kepala SIKK Dadang Hermawan, Mr. Salil Wilson dan Datuk  Hj. Zainie saling bertukar cenderamata di pentas.
 

  • oleh
  • Advertisement