Anda di sini

Pertunjukan waktu rehat Super Bowl JLo, Shakira gempak

Advertisement
 

JENNIFER Lopez dan Shakira mengubah pertunjukan pada waktu rehat di Super Bowl menjadi satu parti tarian Latin gergasi bau-baru ini, dengan memukau penonton yang begitu ramai dengan lagu-lagu hit mereka yang terbesar.

Persembahan itu, di Stadium Hard Rock, Miami, merupakan perayaan budaya dan abdomen bertenaga tinggi, apabila kedua-dua wanita itu mempamerkan vokal lantang dan rutin tarian yang menggemparkan.

Shakira membuka persembahan dalam ensembel gilang-gemilang, dan membuat 65,000 penonton berdiri dengan ‘She Wolf’ dan ‘Wherever, Whenever’.

Dia kemudian disertai penyanyi reggaeton dari Puerto Rico Bad Bunny untuk beberapa barisan lagu ‘I Like It’ (asalnya dinyanyikan oleh bintang rap Cardi B) sebelum dia meneruskan persembahan dengan lagunya yang ikonik ‘Hips Don’t Lie’.

Pentas kemudian dikosongkan sebelum Jennifer Lopez muncul di atas replika bangunan Empire State Building, yang menarik perhatian kepada asal usulnya di New York, sama seperti King Kong – atau lebih tepat lagi, Queen Kong.

Selepas beberapa bar daripada lagu ‘Jenny From the Block’, Jenny sendiri menghiburkan hadirin dengan rampaian lagu ‘Love Don’t Cost A Thing’, ‘Get Right’ dan ‘On the Floor’, dengan peralihannya yang cepat dan tajam seperti tariannya.

Lopez bermula dengan memakai sut kulit haiwan hitam yang banyak dipotong.

Tetapi dia kemudian menukarnya dengan sut perak yang lebih mendedah susuk abdannya ketika dia mempersembahan tarian tiang untuk ‘Waiting For Tonight’, bersama bintang reggaeton dari Colombia, J Balvin.

Tarian itu adalah penghormatan kepada persembahannya yang menerima pujian sebagai Ramona dalam ‘Hustlers’, sebuah filem yang turut diterbitkan oleh Lopez.

Dia menerima pencalonan Golden Globe untuk watak tersebut – dan ramai berpendapat dia sepatutnya meme-nangi pencalonan Oscar.

Anak perempuannya Emme kemudian naik ke pentas untuk saat paling politik di pertunjukan itu: kanak-kanak kecil dalam “kandang” yang diterangi cahaya dan mengelilingi pentas, yang merujuk kepada dasar “toleransi sifar” pentadbiran Presiden Donald Trump yang dilancarkan pada 2018 yang menyaksikan ribuan kanak-kanak dipisahkan daripada ibu bapa mereka di sempadan.

Lopez kemudian kembali dengan memakai mantel bendera Amerika berbulu burung – yang dia kemudian angkat untuk mendedahkan bendera Puerto Rico, wilayah AS yang bergelut selepas mengalami gempa bumi dan taufan yang menyebabkan kemusnahan.

Disokong oleh Shakira yang bermain dram, ibu dan anak perempuannya menyanyikan beberapa barisan lagu Bruce Springsteen ‘Born In the USA’ sebelum mereka beralih kepada ‘Let’s Get Loud’.

Shakira, sekarang memakai pakaian dengan tepian emas, naik ke pentas utama sekali lagi untuk ‘Waka Waka’, lagu yang dia tulis untuk Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010.

Lagu itu pantas berubah menjadi lagu tarian Latin sepenuhnya, dengan Shakira dan Lopez yang mempamerkan gerakan kaki yang pantas dan berintensiti tinggi di atas platform yang diangkat tinggi dan menamatkan pertunjukan dengan posing ala ‘Charlie’s Angels’. “Muchas gracias!” jerit Shakira.

Lady Gaga, yang membuat persembahan pada waktu rehat Super Bowl pada 2017, menyifatkan persembahan itu sebagai “begitu menakjubkan!!!”

“Saya menari dan senyum sepanjang masa,” kata penyanyi itu dalam Twitter. “Wanita seksi yang begitu bertenaga!!!!”

— AFP

Advertisement