Anda di sini

Kerajaan negeri digesa semak semula pelaksanaan SST ke atas tayar import

Advertisement
FOO
FOO

KUCHING: Kerajaan negeri digesa menyemak semula dasar cukai baharu, Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas tayar import.

Setiausaha Agung Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Milton Foo berkata para peniaga atau pihak berkepentingan memerlukan masa untuk mendaftar sebagai pembayar cukai dan mengemukakan borang (Borang 1) bersama dokumen-dokumen sokongan.

Menurutnya, berdasarkan makluman daripada Persatuan Peniaga dan Pencelup Tayar Sarawak ( STDRA), mereka hanya diberi notis tujuh hari untuk mematuhi arahan tersebut.

"Ahli jawatankuasa STDRA pada Sabtu menunjukkan kepada saya surat yang ditandatangani Pengawal SST bertarikh 23 Januari 2020 tetapi peniaga atau pihak berkepentingan diminta mendaftar (sebagai pembayar cukai) dan mengemukakan Borang 1 bersama dokumen-dokumen sokongan pada atau sebelum 31 Januari 2020.

"Mengapa notis yang singkat diberikan oleh Pihak Berkuasa Kewangan Negeri? Hanya tujuh hari diberikan kepada peniaga untuk mematuhi peraturan-peraturan dinyatakan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Foo berkata penguatkuasan SST ke atas tayar import bermula 1 Januari 2020 seperti sistem 'cukai berganda' kerana rakyat Sarawak ketika ini membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada kerajaan persekutuan.

Menurutnya, dengan pelaksanaan SST baharu itu oleh kerajaan negeri, rakyat Sarawak perlu membayar tambahan cukai 5 peratus ke atas tayar import.

"Akhirnya yang terkesan atau beban ditangguh oleh pengguna. Kos pengangkutan dan logistik di Sarawak mungkin meningkat disebabkan dasar cukai baharu ini.

"Ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya rantaian pelbagai, kesannya harga komoditi dan barangan di Sarawak naik," ujarnya.

Sehubungan itu, Foo meminta kerajaan negeri menyemak semula, menangguhkan atau membatalkan pelaksanaan cukai berkenaan dengan mengambil kira aktiviti ekonomi yang perlahan ketika ini disebabkan penuluran Kononavirus Wuhan di seluruh dunia.

Beliau berkata penularan wabak itu turut memberi kesan serius terhadap pernigaan dan ekonomi Sarawak.

"Sebagai kerajaan yang prihatin, kita seharusnya tidak membebankan rakyat dengan membayar lebih atau tambahan cukai, sebaliknya membantu mengurangkan beban kewangan rakyat," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement