Anda di sini

Bintang ‘90210’ Shannen Doherty didiagnos kanser peringkat empat

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan Doherty semasa acara permaidani merah Farrah Fawcett Foundation’s ‘Tex-Mex Fiesta’ memberi penghormatan kepada Marcia Cross di Beverly Hills, California, pada 6 September 2019. Doherty baru-baru ini mendedahkan yang dia didiagnos dengan kanser payudara peringkat empat.  — Gambar AFP
KANSER PERINGKAT EMPAT: Gambar fail menunjukkan Doherty semasa acara permaidani merah Farrah Fawcett Foundation’s ‘Tex-Mex Fiesta’ memberi penghormatan kepada Marcia Cross di Beverly Hills, California, pada 6 September 2019. Doherty baru-baru ini mendedahkan yang dia didiagnos dengan kanser payudara peringkat empat. — Gambar AFP

SHANNEN Doherty, bintang Amerika Syarikat dalam dua siri televisyen yang popular ‘Beverly Hills, 90210’ dan ‘Charmed’, telah didiagnos dengan kanser payudara peringkat empat.

Aktres berusia 48 tahun itu menyifatkan kemunculan semula kansernya selepas keredaan selama tiga tahun sebagai “pil pahit untuk ditelan”, dalam satu temuramah yang disiarkan pada Selasa lepas.

“Kanser saya kembali lagi, dan sebab itulah saya di sini,” katanya kepada program terbitan ABC News, ‘Good Morning America’. “Saya rasa saya belum lagi memprosesnya.”

Diagnosis baharu Doherty diterima berbulan-bulan selepas kematian seorang lagi pelakon ‘90210’ Luke Perry pada Mac tahun lalu.

Watak-watak Perry dan Doherty dahulu merupakan pasangan yang popular dalam drama remaja tersebut, dan Doherty berkongsi gambar barisan pelakon lama, yang menunjukkan mereka berpelukan, selepas berita tentang kematiannya keluar.

Siri itu bersiaran selama 10 musim dari 1990 hingga 2000 dan menceritakan tentang kehidupan dan kisah cinta sekumpulan remaja yang tinggal di sebuah kawasan mewah di Los Angeles.

Ia menjadi amat popular sekali pada peringkat antarabangsa tetapi Doherty, yang membawa watak Brenda Walsh, meninggalkan siri itu selepas empat musim pada 1994 setelah dia berbalah dengan penulis skrip.

Doherty kembali ke skrin kecil sebagai seorang ahli sihir dalam ‘Charmed’ pada 1998, dan melakonkan semula watak Walsh dalam siri sampingan dan pembikinan semula’90210’.

Doherty berkata dia menyem-bunyikan keredaan kansernya ketika membuat penggambaran untuk pembikinan semula ‘90210’ pada tahun lepas untuk menghormati Perry, dan menunjukkan kepada pesakit kanser lain bahawa “kehidupan kita tidak berakhir pada saat kita mendapat diagnosis itu – kita masih ada kehidupan untuk dijalani”.

Laporan mengenai diagnosis kanser pertamanya muncul pada 2015 apabila dia menyaman pengurusnya, dengan mendakwa rawatannya dilengahkan kerana dia tidak dapat mendaftar semula dalam insurans.

Dia telah mendoku-menkan pertarungannya dalam media sosial, termasuk gambar dia menjalani imbasan di hospital.

Penyakit itu kini sudah sampai ke peringkat empat, kategori paling serius yang biasanya bermakna ia sudah merebak ke bahagian lain dalam badan.

Doherty menambah keadaan kesihatannya kemungkinan telah didedahkan dalam satu tuntutan saman baharu terhadap syarikat insuransnya berhubung kerosakan kepada hartanahnya dalam satu kebakaran di California pada 2018. — AFP

Advertisement