Anda di sini

GPS bebas, tidak sertai Pakatan Nasional - Abang Johari

Advertisement
Abang Johari bersama Uggah, Tiong, Masing, Dr Sim, Awang Tengah pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi GPS.
Abang Johari bersama Uggah, Tiong, Masing, Dr Sim, Awang Tengah pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi GPS.

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan kekal bebas di sebalik spekulasi akan wujud Pakatan Nasional bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Menurutnya, GPS akan terus bergerak sendiri dan hanya menjadi pemerhati perkembangan politik di Semenanjung Malaysia.

"GPS adalah bebas, kita hanya memerhati apa yang berlaku (perkembangan politik) di sana (Sememanjung Malaysia).

"Kita berdiri sendiri, kita GPS kita melihat kepentingan Sarawak, saya tidak tahu bagaimana (wujudnya spekulasi) mengaitkan kita di bawah muafakat itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi GPS di sini hari ini.

Abang Johari berkata, GPS mengambil pendirian masalah politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia bukan masalah Sarawak.

"Kita bincang tentang keadaan politik semasa di negara, kedudukan GPS adalah apa sahaja masalah politik di sana itu adalah masalah mereka bukan masalah Sarawak," tegasnya lagi.

Spekulasi mengatakan 16 ahli parlimen GPS disenaraikan dalam Pakatan Nasional bersama ahli parlimen lain dari PPBM (26), BN (33), PAS (18), PKR (15), Warisan (9) dan Bebas/ lain-lain (4) bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Perkara itu antara yang dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi GPS yang turut dihadiri Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Presiden Parti Demokratik Progresif Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan ahli Majlis Tertinggi GPS lain.

  • oleh
  • Advertisement