Anda di sini

133 sertai Le Tour De Langkawi (LTDL) 2020

Advertisement
 Phoong bersama para pegawai Human Voyage semasa kunjungan hormat kepada Shafie.
BINCANG: Phoong bersama para pegawai Human Voyage semasa kunjungan hormat kepada Shafie.

KOTA KINABALU: Perlumbaan basikal berprestij, Le Tour De Langkawi (LTDL) 2020 yang bermula esok (Khamis), disertai 133 peserta antarabangsa.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe, LTDL edisi ke-25 itu melibatkan 21 pasukan dari seluruh dunia yang akan dilepaskan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Padang Merdeka pada jam 8.30 pagi.

Katanya, perlumbaan dengan jarak 8.7 kilometer itu merangkumi beberapa jalan antaranya Jalan KK Bypass, Jalan Tuaran, Simpang Dah Yeh Villa, Jalan Kompleks Sukan dan Jalan Tun Fuad Stephens.

Beliau ditemui media selepas mengetuai rombongan delegasi serta penganjur LTDL 2020, Human Voyage Sdn Bhd dalam kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, hari ini.

Turut membuat kunjungan hormat, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak Wah sempena persaraan beliau tidak lama lagi.

  • oleh
  • Advertisement