Anda di sini

Wanita China negatif Koronavirus Wuhan dibenar keluar Hospital Sibu

Advertisement
Grafik hiasan

SIBU: Wanita warganegara China yang dimasukkan ke Hospital Sibu pada 27 Januari lalu kerana disyaki dijangkiti Koronavirus Wuhan dibenarkan keluar, hari ini.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Sibu bahawa pesakit itu disahkan negatif untuk virus itu, influenza A dan B.

"Wanita berkenaan berada dalam keadaan baik dan dibenarkan keluar pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Khabar angin mengenai seorang wanita dijangkiti Koronavirus Wuhan tersebar meluas di sini sejak beberapa hari lalu.

Sejak meletusnya Koronavirus Wuhan di China, khabar angin mengenai jangkitan tersebut turut tersebar meluas di media media sosial termasuk dakwaan terdapat beberapa kes di Sarawak.

Bagaimanapun, sehingga kini Sarawak dilaporkan hanya mencatatkan lapan kes disyaki Koronavirus Wuhan namun enam daripadanya negatif termasuk kes di Bintulu.

  • oleh
  • Advertisement