Anda di sini

Labuan turut alami kekurangan bekalan tutup muka

Advertisement
 Bekalan habis sebaik stok sampai.
WATSON: Bekalan habis sebaik stok sampai.

LABUAN: Pusat jualan peralatan kesihatan dan kecantikan di sini mengalami kekurangan bekalan ekoran permintaan yang amat tinggi dari kalangan pengguna untuk mencegah penularan wabak koronovirus.

Tinjauan bekalan tutup muka di dua pusat jualan utama dan beberapa kedai farmasi menunjukkan ruang peragaan barangan itu kosong.

"Kami tidak memperoleh bekalan yang cukup kerana setiap kali stok tutup muka sampai serta-merta habis dibeli," kata pembantu kaunter pusat Watson.

Tinjauan di pusat Guardian juga menunjukkan notis yang ditempel di pintu menyatakan penjualan tutup muka terhad satu bungkus 10 unit kepada setiap pembeli namun ternyata stok barangan itu di ruang peragaan kosong.

 Penjualan tutup muka dihadkan tapi tetap kehabisan stok.
GUARDIAN: Penjualan tutup muka dihadkan tapi tetap kehabisan stok.

Tinjauan turut dibuat di dua kedai farmasi namun kedua-duanya menyatakan kehabisan stok tutup muka.

Manakala beberapa kedai farmasi lain masih tutup sempena cuti Tahun Baharu Cina.

  • oleh
  • Advertisement