Anda di sini

Jerman laporkan kes pertama 2019-nCoV Wuhan

Advertisement

BERLIN: Pihak berkuasa kesihatan di wilayah selatan Bavaria telah mengesahkan kes pertama di Jerman bagi novel koronavirus (2019-nCov) berbahaya yang merebak dari Wuhan, China.

Virus tersebut, yang boleh menyebabkan jangkitan pernafasan akut seperti pneumonia, dalam masa beberapa minggu telah membunuh lebih 80 orang dan menjangkiti kira-kira 2,740 orang di China, sementara kes-kes telah dikenal pasti di lebih 12 negara.

“Seorang lelaki di wilayah Starnberg telah dijangkiti novel koronavirus baharu,” jurucakap kementerian berkata sambil menambah, pesakit berada di bawah pengawasan di wad pengasingan.

Pihak kementerian tidak memberikan maklumat lanjut mengenai bagaimana pesakit itu boleh dijangkiti namun menyatakan mangsa dalam keadaan yang baik.

Perancis merupakan negara Eropah pertama yang menerima kesan wabak tersebut, yang telah melaporkan tiga kes diketahui bagi virus itu.

Kesemua tiga orang tersebut baru-baru ini telah pergi ke China dan ditempatkan dalam pengasingan.

Jerman mencadangkan rakyatnya agar mengelak perjalanan yang tidak penting ke China semasa virus itu sedang tersebar.

Negara turut mempertimbangkan kemungkinan membawa pulang rakyatnya dari bandar Wuhan di China, pusat utama virus tersebut. — AFP

Advertisement