Anda di sini

Wabak Wuhan ragut mangsa ke-80

Advertisement
 Anggota keselamatan memakai sut perlindungan untuk membantu menghentikan penyebaran virus maut yang bermula di Wuhan, berkawal di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Beijing, kelmarin. — Gambar AFP
SERIUS: Anggota keselamatan memakai sut perlindungan untuk membantu menghentikan penyebaran virus maut yang bermula di Wuhan, berkawal di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Beijing, kelmarin. — Gambar AFP

WUHAN: China  menyatakan semalam bahawa angka kematian akibat satu wabak tular berbahaya meningkat kepada 80 orang ketika wilayah  utama yang teruk dilanda Hubei mengalami 24 kematian baharu, sementara jumlah keseluruhan kes di seluruh negara meningkat dengan mendadak kepada 2,744.

Meskipun tiada kematian terbaharu disahkan di luar Hubei, catatan negara bagi jangkitan yang disahkan meningkat kepada 769, kira-kira separuh daripada mereka di Hubei, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Ia menyatakan 461daripada mereka yang dijangkiti berada dalam keadaan serius.

China telah menutup Hubei di tengah negara dalam operasi tidak dijangkakan yang menjejaskan puluhan juta orang dan bertujuan untuk mengurangkan pemindahan virus pernafasan itu.

Wabak yang tidak dikenali sebelum ini telah menimbulkan kebimbangan sejagat disebabkan oleh persamaannya dengan patogen Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), yang telah membunuh beratus-ratus orang di sekitar tanah besar China dan Hong Kong pada 2002-2003.

Sekatan perjalanan drastik telah dilaksanakan di luar kawasan utama, dengan wilayah Shandong dan empat bandar utama Beijing, Shanghai, Xi’an dan Tianjin mengumumkan larangan terhadap bas perjalanan jauh dari masuk atau keluar.

Tindakan itu akan menjejaskan jutaan orang yang melawat sepanjang cuti Tahun Baharu Cina, yang menurut pihak berkuasa akan dilanjutkan ketika kerajaan berusaha untuk mengawal virus berkenaan.

Wilayah selatan Guangdong yang paling ramai penduduk, Jiangxi di tengah China, dan tiga bandar lain menetapkan perintah mandatori bagi penduduk untuk menggunakan topeng muka di tempat umum.

Bermula di bandar Wuhan di Hubei, virus itu telah merebak di seluruh China dan di seluruh dunia, dengan kes-kes disahkan di kira-kira 12 negara termasuk sehingga ke Amerika Syarikat (AS). — AFP

Advertisement