Anda di sini

Sabah ambil langkah berjaga-jaga di LTAKK

Advertisement
 Shafie melawat perkembangan terkini projek SICC yang kini sudahpun 97 peratus siap dan dijangka boleh digunakan pada bulan hadapan.
TINJAU: Shafie melawat perkembangan terkini projek SICC yang kini sudahpun 97 peratus siap dan dijangka boleh digunakan pada bulan hadapan.

KOTA KINABALU: Sabah mengambil langkah berjaga-jaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) untuk mengesan awal risiko penyebaran wabak radang paru-paru akibat jangkitan novel coronavirus dari Wuhan China.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sendiri sudah mengarahkan supaya penumpang kapal terbang yang tiba dari Wuhan supaya menjalani pemeriksaan.

“Saya akan tanya Menteri Kesihatan (berhubung dakwaan ada dua kes dikesan di KKIA) tetapi kita sudah mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap penyakit yang mungkin merebak dari merata tempat (memasuki negeri ini),” katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui ketika melakukan lawatan kerja ke tapak projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri (melalui kementerian berkaitan) mempunyai sistem (pengesanan) untuk membolehkan ‘pembawa’ penyakit itu dikesan lebih awal di LTAKK.

“Perkara (pendekatan) ini sudah dibincangkan dua tiga hari (lepas) bersama Menteri Kesihatan semasa melawat Sabah dan saya minta langkah pencegahan mesti diambil,” katanya.

Menyentuh maklum-balas rakyat terhadap hasrat Kerajaan Negeri membatalkan PSS pula, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan kekhuatiran rakyat.

“Kita melihat suara rakyat, (apabila) keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis cukup jelas, begitu juga suara-suara yang disampaikan sendiri terus kepada saya.

“Kita harus mendengar (suara rakyat), kita tidak boleh puaskan hati semua orang, tetapi apabila suara rakyat yang bimbang, kita fikir kita perlu dengar suara rakyat,” katanya.

Berikutan itu juga, Kerajaan Negeri menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah Shafie sendiri sudah menghubungi Muhyiddin dan memaklumkan pendirian terkini Kabinet Negeri.

  • oleh
  • Advertisement