Anda di sini

Pesakit di Hospital Lawas terus disantuni sempena TBC

Advertisement
 Yong (lapan kiri) bersama Helen (lima kiri) Awang Emran, Dr Ahmad Helmi (lima kanan), Dr Ahmad Syahir (empat kanan) dan yang lain semalam.
SANTUNI PESAKIT: Yong (lapan kiri) bersama Helen (lima kiri) Awang Emran, Dr Ahmad Helmi (lima kanan), Dr Ahmad Syahir (empat kanan) dan yang lain semalam.

LAWAS: ‘Hospital Lawas sentiasa di hati’, itu komitmen berterusan dan perjuangan Kelab Kebajikan dan Penyayang Lawas yang terus menyantuni nasib pesakit di Hospital Lawas semalam.

Pengerusinya Kaunselor Yong Kah Sing berkata, meskipun kebanyakan ahli kelab itu tidak lagi menjadi ahli pelawat hospital yang diterajui sejak 14 tahun lalu bermula 2006 hingga 2019 namun kebajikan para pesakit sentiasa dibela.

“Penubuhan Kelab Kebajikan dan Penyayang Lawas pada Ogos tahun lepas satu platform untuk kita membantu semua lapisan masya-rakat yang memerlukan bantuan, selain menyantuni para pesakit di Hospital Lawas,” katanya pada penyerahan bantuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Hospital Lawas semalam.

Turut hadir Pengarah Hospital Lawas Dr Ahmad Helmi dan Timbalannya Ahmad Syahir Sarji, Setiausaha Kelab Kebajikan dan Penyayang Lawas Kaunselor Awang Emran Awang Damit dan Bendaharinya Kaunselor Helen Kasing Labo.

Yong berkata, kebajikan pesakit sentiasa diperjuangkan untuk memastikan mereka menikmati kemudahan dan perkhidmatan kesihatan terbaik, selain bantuan daripada kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Jelasnya, kelab tersebut akan terus menyantuni masyarakat bukan sahaja bagi memeriahkan sambutan TBC tidak lama lagi tetapi juga perayaan lain.

Sementara itu, Helen berkata pelbagai bantuan dan sumbangan disalurkan kepada pesakit Hospital Lawas meskipun mereka bukan lagi ahli pelawat hospital.

Jelasnya, sebagai bekas pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Lawas Yong sentiasa dekat di hati pesakit Hospital Lawas.

Pada majlis itu, Yong menyerahkan 60 bungkusan dan 60 kontena serta 50 sampul merah sempena Tahun Baharu Cina kepada pesakit di wad, klinik perubatan dan pergigian serta pusat dialisis buah pinggang Hospital Lawas semalam.

Advertisement