Anda di sini

N’Four FS Bowlers rampas tangga teratas Liga Trio 159 & Ke Bawah

Advertisement
 Trio N’Four FS Bowlers (dari kanan) Aszizan Naperi, Mohd Qazy dan Mohd Ismuain.
MANTAP: Trio N’Four FS Bowlers (dari kanan) Aszizan Naperi, Mohd Qazy dan Mohd Ismuain.

KUCHING: N’Four FS Bowlers merampas kedudukan teratas saingan Liga Trio 159 & Ke Bawah Megalanes Sarawak selepas menjinakkan pendahulu minggu lepas, 3S Bowlers dengan 15-5 pada Isnin lalu.

Ia turut menyaksikan X-Hunter naik ke tangga keempat selepas melakar kemenangan 13-7 ke atas Badvangers manakala Mix Bowlers kekal di tangga kedua meskipun mencatat kekalahan tipis 9.5-10.5 ke atas Strike Enemy.

Sebagai tambahan, Strike Enemy II jatuh ke tangga kelima hasil kekalahan 8-12 kepada pasukan di tangga keenam, Unlimited Strikers sambil Strike Enemy dan Badvangers masing-masing menghuni tangga ketujuh dan kelapan.

Sementara itu, KH Tsen mewakili Mix Bowlers kekal menguasai kategori Individual High Game (Scratch & Handicap) dengan Irwandi Muhd Morshidi dari Strike Enemy mengekori di tangga kedua.

Fazreen Fadzuan yang mewakili 3S Bowlers pula muncul pendahulu kategori Individual High Series Scratch dengan Chloe Ong dari Strike Enemy di kedudukan teratas untuk kategori Individual High Series Handicap.

Selain itu, Mix Bowlers masih menguasai kategori Team High Game (Scratch & Handicap) dengan kategori Team High Series (Scratch & Handicap) sedang menjadi milik X-Hunter.

Advertisement