Anda di sini

MAG respons kepada rayuan AOC dengan hantar lebih 15,000 selimut ke Filipina

Advertisement
 Pekerja MAG memasukkan selimut ke dalam pesawat untuk dihantar kepada mangsa letusan Gunung Berapi Taal di Filipina.
KEBAJIKAN: Pekerja MAG memasukkan selimut ke dalam pesawat untuk dihantar kepada mangsa letusan Gunung Berapi Taal di Filipina.

SEPANG: Kumpulan Pe-nerbangan Malaysia (MAG) semalam menghantar lebih daripada 15,000 selimut bagi mangsa letusan Gunung Berapi Taal di Filipina.

Bantuan tersebut adalah respons kepada rayuan Majlis Operasi Lapangan Terbangan Manila (AOC) untuk MAG menyokong misi ‘One for Taal’.

Selain bantuan selimut, MAG turut mengadakan kutipan derma dalam kala-ngan pekerja untuk menyumbang tunai atau mengumpul barangan keperluan yang akan disalurkan menerusi AOC.

Sumbangan akan disalurkan kepada 150,000 mangsa yang dipindahkan dan kini menumpang di pelbagai pusat pemindahan.

MAG dalam kenyataan berkata, pihaknya turut berhubung dengan MERCY Malaysia, pertubuhan kemanusiaan tempatan yang menyediakan khidmat kemanusiaan dan perubatan di dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Kapten Izham Ismail berkata, “Malaysia Airlines menikmati hubungan kukuh dengan komuniti penerbangan dan lapangan terbang sejak memulakan operasi di Manila pada 1974.

“Juruterbang kami termasuk saya sendiri menghadiri Sekolah Penerbangan Filipina yang terletak dekat Tasik Taal bagi latihan pertama kami.

“Meskipun dari negara luar, kami disambut baik oleh rakyat di Luzon dengan hospitaliti yang baik ketika tahun kadet kami.

“Hati saya kekal dekat   dengan rakyat dalam komuniti ini kerana saya tahu kesusahan yang dihadapi oleh mereka setiap hari,” katanya.

Tambah Izham, sama de-ngan sumbangan kami kepada Australia, beliau juga menyumbang RM1 dari jualan tiket setiap penumpang yang terbang menggunakan Malaysia Airlines bagi bulan Januari 2020.

Sumbangan ini menurut Izham adalah mustahil tanpa sokongan kuat pelanggan Malaysia Airlines yang terus terbang  dengan kami tahun ini.

Izham mewakili syarikat turut berharap sumbangan ini akan membantu meringankan beban komuniti yang terjejas.

Dalam pada itu Malaysia Airlines terbang dari Kuala Lumpur ke Manila sebanyak 21 kali seminggu.

Advertisement