Anda di sini

Digi dan TIME umum berkolaboratif, penanda komitmen berterusan sokong Pelan Gentian Optik dan NFCP

Advertisement
 Ketua Produk dan Pengalaman Pelanggan, Angelia Ooi (dari kiri), Lee, Loh, Ketua Strategi dan Tranformasi, Alex Foo dan Ketua Home Broadband, Jenny Koay merakamkan gambar bersama selepas pengumuman kolaboratif antara Digi dengan TIME.
KERJASAMA: Ketua Produk dan Pengalaman Pelanggan, Angelia Ooi (dari kiri), Lee, Loh, Ketua Strategi dan Tranformasi, Alex Foo dan Ketua Home Broadband, Jenny Koay merakamkan gambar bersama selepas pengumuman kolaboratif antara Digi dengan TIME.

SUBANG JAYA: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dan TIME dotcom (TIME) semalam mengumumkan kolaboratif yang menandakan satu lagi pencapaian dalam komitmen Digi untuk menyediakan lebih banyak pilihan sambungan  di seluruh negara.

Pengumuman ini juga menandakan komitmen berterusan kedua-dua syarikat untuk menyokong Pelan Gentian  Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang bertujuan menyediakan rakyat Malaysia dengan akses yang lebih baik kepada sambungan berkualiti tinggi dan berpatutan.

Di bawah perjanjian ini, Digi akan memanfaatkan infrastruktur jalur lebar fiber TIME untuk memperluaskan tawaran Digi Home Broadband kepada lebih ramai rakyat Malaysia terutama mereka yang tinggal di kondominium dan pangsapuri.

“Kolaboratif dengan TIME ini akan membolehkan kami memperluaskan sambungan kami untuk lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman Internet yang konsisten dan lancar dalam dan luar rumah dengan Digi,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat.

“Kami berdiri di belakang kualiti infrastruktur jalur lebar fiber yang dibangunkan oleh TIME. Akses kepada infrastruktur TIME adalah terbuka kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) yang mahu memperluaskan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara,” kata Pengarah Eksekutif TIME, Lee Guan Hong.

Pada September 2019, Digi Home Fibre dilancarkan di Sabah, yang merupakan  khidmat jalur lebar kediaman komersial dalam negara disusuli  pelancaran perintis awal tahun ini di  kawasan terpilih dalam Klang Valley dan Melaka.

Penduduk di kawasan ini sekarang boleh menikmati Internet berkelajuan tinggi bagi semua hiburan mereka dan keperluan sosial pada harga berpatutan.

Kolaboratif ini juga selari dengan gesaan kerajaan untuk lebih kerjasama dalam ekosistem di mana akan memanfaatkan pengguna dan perniagaan dalam negara.

Advertisement