Anda di sini

40 pesakit di Hospital Limbang terima sumbangan TBC

Advertisement
 Superi (tiga kiri) bersama Dr Nur Hazwani (kiri), Ang (enam kiri) dan Fakri pada penyerahan hamper di wad bersalin Hospital Limbang semalam.
DIRAIKAN: Superi (tiga kiri) bersama Dr Nur Hazwani (kiri), Ang (enam kiri) dan Fakri pada penyerahan hamper di wad bersalin Hospital Limbang semalam.

LIMBANG: Tradisi penyerahan sumbangan kepada para pesakit di wad Hospital Daerah Limbang yang dijalankan sejak lebih 10 tahun lalu diteruskan bagi meringankan beban mereka yang dilanda musibah.

Bagi tujuan itu nasib 40 pesakit Hospital Limbang tidak dilupakan apabila diraikan dengan penyerahan sumbangan hamper sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) di sini semalam.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Kapitan Ang Chiw Kiam berkata, sumbangan itu bertujuan menceria dan memeriahkan lagi perayaan tersebut yang dirai tidak lama lagi.

Antara persatuan yang bermurah hati menghulur sumbangan tersebut ialah KRT Pekan, MAKSAK Bahagian Limbang, Perkhidmatan Warga Emas Jabatan Kebajikan Limbang, Persatuan Hokkien, Temenggung Ang Kheng Su dan Kapitan Ang Chiw Kiam (JKKK Kampung Cina).

Penyerahan sumbangan disempurnakan Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said.

Hadir Pegawai Perpaduan Bahagian Fakri Asmad, Timbalan Pengarah Hospital Limbang Dr Nur Hazwani Md Hatta dan kakitangan Hospital Limbang.

Advertisement