Anda di sini

Pegawai tentera didakwa cabul, melakukan seks luar tabii 

Advertisement
 

KUCHING: Seorang pegawai tentera didakwa oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan melakukan seks luar tabii dan mencabul bekas rakan sekerjanya pada tahun 2018. 

Mohd Rafiq Mansor, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap bekas anggota tentera berusia 27 tahun itu. 

Justeru, Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff menetapkan 24 Februari depan sebagai tarikh pengurusan kes, selain membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin tempatan. 

Tertuduh dalam kes ini berhadapan dua pertuduhan masing-masing di bawah Seksyen 377C dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan seks luar tabii terhadap mangsa tanpa kebenarannya, dengan menghisap kemaluannya. 

Pertuduhan seterusnya pula menyaksikan tertuduh didakwa mencabul kehormatan mangsa.

Kedua-dua perbuatan tersebut dilakukanya pada 1 Disember 2018, jam 4 pagi di tempat letak kereta Jalan Chan Chin Ann, Padungan. 

Pertuduhan pertama di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. 

Manakala pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan pula memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Ilham Kamaruddin, manakala tertuduh diwakili peguam Christopher Bada, Roy Gingkoi.

  • oleh
  • Advertisement