Anda di sini

Kerani ladang tidak mengaku salah 15 tuduhan menipu

Advertisement
 

SANDAKAN: Seorang kerani wanita yang bekerja di sebuah ladang sawit di Paitan tidak mengaku salah atas 15 pertuduhan menipu seorang lelaki diantara Januari 2016 hingga Jun 2017.

Tertuduh, 35, didakwa menerima keseluruhan wang berjumlah RM36,800 yang mana wang itu telah dimasukkan ke dalam akaunnya setiap bulan dengan jumlah antara RM200 hingga RM3,000 sepanjang tempoh itu.

Wang yang diminta itu juga didakwa untuk sumbangan bagi kegunaan aktiviti syarikat tempat tertuduh bekerja.

Hakim Abu Bakar Manat yang mendengar kes itu di Mahkamah Khas Rasuah di sini menetapkan 19 Mac tahun ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Beliau juga membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan deposit RM7,000 beserta dua penjamin tempatan terhadap tertuduh.

Tertuduh juga diarahkan melapor diri kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sandakan, paspotnya ditahan dan tidak mengganggu saksi kes.

Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basiruddin mengendalikan pendakwaan kes dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Manakala, tertuduh diwakili peguam Noor Ilienna Rahayu Ibrahim.

  • oleh
  • Advertisement