Anda di sini

Guru besar mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna kuasa

Advertisement
 

SANDAKAN: Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Beluran mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan salah guna kuasa.

Tertuduh berumur 50 tahun didakwa melakukan tiga pertuduhan berkenaan dengan melantik sebuah syarikat sebagai pembekal sekolah itu antaranya bahan dakwat dan pencetak serta minyak diesel bagi kegunaan sekolah itu yang mana pembekal yang dilantik itu adalah adik iparnya sendiri.

Nilai keseluruhan projek itu bernilai RM16,378 dimana kesalahan didakwa dilakukan antara Januari 2015 hingga Jun 2015.

Hakim Abu Bakar Manat yang mendengar kes di Mahkamah Khas Rasuah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM8,000 dengan dua penjamin tempatan.

Selain itu, tertuduh juga diarahkan melapor diri ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sandakan tiga bulan sekali, menyerahkan paspot dan tidak mengganggu saksi.

Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basiruddin mengendalikan pendakwaan kes dibawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 manakala tertuduh diwakili peguam Marzuki Spawi.

Hakim menetapkan 19 Mac tahun ini untuk pengurusan kes.

  • oleh
  • Advertisement