KOTA KINABALU: Bekas pengadil badminton antarabangsa Sabah, Datuk Anthony Linggian telah ditugaskan sebagai Penilai Pengadil semasa Kejohanan Piala Presiden Siri Antarabangsa Junior Nepal 2020, 8-11 Januari lalu.
Anthony telah ditugaskan menilai pengadil pertandingan dari Sri Lanka, Rohana De Silva yang akan dinaikkan sebagai pengadil badminton bertauliah Asia.
Silva juga adalah pemegang sijil pengadil Persekutuan Badminton Dunia.
Setiausaha Persatuan Badminton Sabah (SBA), Steve Jay dalam kenyataan kelmarin berkata, Anthony kini satu-satunya anak jati Sabah yang memiliki kelayakan sebagai Penilai Pengadil Badminton Antarabangsa.
"Tugasan Anthony seterusnya ialah di Hanoi, Vietnam pada 20-30 Mac," kata Steve.