Anda di sini

400 karatekas dijangka bakal bertarung

Advertisement
JULIAN CHIN
JULIAN CHIN

Edisi kelapan Kejohanan Karate Senior dan Sekolah Menengah Negeri Sabah Ke-42

KOTA KINABALU: Kira-kira 400 karatekas dijangka menyertai edisi kelapan Kejohanan Karate Senior Negeri Sabah dan Kejohanan Karate Sekolah Menengah Negeri Sabah Ke-42.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) pada 28 Februari hinggga 1 Mac.

"Kami telah menghantar jemputan kepada semua ahli anggota gabungan di daerah-daerah, kelab-kelab dan sekolah-sekolah untuk menyertai kejohanan dua dalam satu ini.

"Kami menjangkakan kedua-dua kejohanan ini akan disertai kira-kira 400 karatekas dari seluruh Sabah," kata Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin ketika dihubungi di sini.

Sebagai rekod, gabungan pasukan SKA Manggatal/SMK Bandaraya ialah penyandang gelaran juara Kejohanan Karate Senior Negeri Sabah tahun lalu selepas merangkul empat pingat emas dan dua perak.

Julian berharap, semua yang akan mengambil bahagian telah dan akan menggandakan usaha dalam persiapan agar kejohanan itu akan lebih berprestij dengan persembahan lebih berkualiti mereka.

Katanya, antara objektif utama kejohanan itu adalah bagi memilih atlet yang akan membawa cabaran Sabah ke kejohanan kebangsaan termasuk kejohanan senior pada Jun.

"Selain itu, kejohanan ini juga akan menjadi medan bagi atlet SUKMA (Sukan Malaysia) kita di samping merupakan acara tahunan dalam kalender program pembangunan persatuan," kata Julian.

Sambil itu, Julian membayangkan kemungkinan Sabah akan menjadi tuan rumah kejohanan senior tahun ini.

"Kami masih menanti pengesahan dari Persekutuan Karate Malaysia. Saya fikir kita akan tahu bulan depan sama ada akan diberikan tugas selaku tuan rumah atau tidak kejohanan karate senior kebangsaan itu," katanya.

  • oleh
  • Advertisement