Anda di sini

Perompak kedai serbaneka dipenjara 10 tahun, 2 sebatan

Advertisement
Affizzull (kanan) di lobi Mahkamah Kuching, hari ini.
Affizzull (kanan) di lobi Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Akibat merompak kedai serbaneka 24 jam pada April tahun lalu, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Mohd Nur Affizzull Mahdi yang kini menjalani hukuman penjara 25 tahun dan 13 sebatan bagi tiga kes rompak terdahulu, terpaksa akur dengan hukuman dijatuhkan oleh Hakim Marutin Pagan hari ini.

Tertuduh dalam kes sebelum ini mengaku bersalah merompak tiga kedai serbaneka 24 jam yang dilakukannya sekitar pukul 4 hingga 4.30 pagi. 

Bagi kes hari ini pula, tertuduh sekali lagi mengaku bersalah melakukan rompakan pada 24 April tahun lepas ke atas kedai serbaneka 24 jam di Taman Lee Ling dengan bersenjatakan pisau.

Dalam kejadian dilaporkan berlaku jam 1.43 pagi itu juga, tertuduh berusia 26 tahun itu turut mengambil wang berjumlah RM160.

Secara keseluruhannya, tertuduh kini berhadapan hukuman penjara 35 tahun dan dikenakan 15 sebatan.

Tertuduh dalam rayuan pengurangan hukumannya memohon agar tidak dikenakan hukuman berat kerana dia mempunyai dua orang anak untuk ditanggung, selain mempunyai tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement