Anda di sini

Hampir 80 banduan bolos penjara Paraguay

Advertisement
 Perez (tengah) bercakap semasa sidang akhbar di Asuncion, kelmarin. — Gambar AFP
PENJELASAN: Perez (tengah) bercakap semasa sidang akhbar di Asuncion, kelmarin. — Gambar AFP

ASUNCION: Hampir 80 orang banduan, keba-nyakan mereka adalah anggota dari sebuah kumpulan pengedaran senjata dan dadah besar di Brazil serta dinyatakan sebagai sangat berbahaya, meloloskan diri kelmarin dari sebuah penjara Paraguay berhampiran sempadan dengan Brazil, menurut polis.

Banduan tersebut yang terdiri daripada rakyat Brazil dan Paraguay, melakukan tindakan meloloskan diri melalui sebuah terowong yang digali dari penjara di bandar sempadan Pedro Juan Caballero, kata jurucakap polis Elena Andrada.

“Anggota polis terbaik kami telah pergi ke sempadan bagi cuba untuk menangkap semula banduan tersebut,” kata beliau.

Jumlah mereka yang melarikan diri seramai 76 orang meliputi 40 rakyat Brazil dan 36 rakyat Paraguay, menurut pihak berkuasa.

Menteri Kehakiman Cecilia Perez mengeluarkan satu kecaman tajam, memberitahu wartawan bahawa mungkin banduan tersebut mengambil masa beberapa minggu untuk membina terowong dan menambah: “Ia adalah terbukti bahawa kakitangan tidak mengetahui dan melakukan apa-apa.”

Warden penjara tersebut telah dipecat dan beberapa pengawal ditangkap.

Kebanyakan banduan yang meloloskan diri berasal dari sebuah kumpulan jenayah dikenali sebagai First Capital Command, salah satu kumpulan paling berkuasa di Brazil.

Andrada menyatakan bangkai lima van yang terbakar digunakan dalam kejadian telah ditemui di Ponta Pora, sebuah bandar Brazil yang dipisahkan dari Pedro Juan Caballero oleh satu-satunya dataran di situ.

Pedro Juan Caballero terletak kira-kira 300 batu timur laut dari bandar utama  Asuncion.

Perez menyuarakan kecurigaan yang kuat bahawa pihak berkuasa telah terlibat dalam kejadian korup ini dan menyatakan bahawa banduan yang lolos dianggap sebagai sangat berbahaya.

Banduan yang lolos termasuk mereka yang telah mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai pada Jun lepas di penjara San Pedro, kata Andrada.

Beliau menyatakan banduan telah menggali sebuah terowong seperti mana yang kita lihat di dalam filem, lengkap dengan pemasangan lampu dalaman.

Ia bermula dari tandas penjara, menurut Andrada, dan terdapat hanya 25 meter di antara terowong dan pos pengawal yang paling dekat.

Pihak penyiasat turut menemui beratus-ratus beg pasir.

Sementara itu, Brazil bertindak memperketat kawalan keselamatan di kawasan sempadan berhampiran bagi membantu memberkas semula banduan tersebut, Antonio Carlos Videira, setiausaha kehakiman dan keselamatan awam wilayah Mato Grosso do Sul,  memberitahu wartawan.

Jabatan Operasi Sempadan (DOF), Polis Tentera Lebuh Raya (PRE) dan pasukan keselamatan lain dibantu helikopter yang dikerahkan, kata beliau, menurut kepada akhbar harian ABC di Anuncion.

Menteri Dalam Negeri Euclides Acevedo pula menyatakan anggota operasi khas polis sedang memeriksa kawasan kejadian meloloskan diri, dibantu beberapa helikopter. — AFP

Advertisement