Anda di sini

China sahkan penularan virus misteri mirip SARS

Advertisement
 Kakitangan perubatan mengusung masuk seorang pesakit ke dalam Hospital Jinyintan yang menempatkan unit rawatan virus misteri mirip SARS itu di Wuhan, wilayah tengah Hubei pada Sabtu lalu. — Gambar AFP
SERIUS: Kakitangan perubatan mengusung masuk seorang pesakit ke dalam Hospital Jinyintan yang menempatkan unit rawatan virus misteri mirip SARS itu di Wuhan, wilayah tengah Hubei pada Sabtu lalu. — Gambar AFP

BEIJING: China semalam melaporkan penularan virus misteri yang menyerupai SARS telah merebak di seluruh negara termasuk Beijing, mencetuskan kebimbangan ketika jutaan penduduk mula melancong sempena Tahun Baharu Cina.

Mangsa ketiga telah di-sahkan meninggal dunia, menurut pihak berkuasa, ketika hampir 140 kes diumumkan.

Wabak virus korona yang baharu telah menyebabkan keadaan yang membimbangkan disebabkan kaitannya dengan Sindrom Akut Pernafasan yang Teruk (SARS) yang telah mengorbankan hampir 650 orang di sekitar tanah besar China dan Hong Kong pada 2002-2003.

Di Wuhan, bandar pusat ini di mana virus korona itu mula dikesan, 136 kes baharu telah ditemui sejak hujung minggu, menurut suruhanjaya kesihatan tempatan tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai pesakit yang maut.

Pihak berkuasa kesihatan di daerah Daxing di Beijing menyatakan dua orang yang telah pergi ke Wuhan telah menerima rawatan bagi pneumonia dikaitkan dengan virus tersebut dan kini dalam keadaan stabil.

Di Guangdong, seorang lelaki Shenzhen berusia 66 tahun dikuarantin sejak 11 Januari selepas mengalami demam dan menunjukkan simptom lain selepas melawat saudara mara di Wuhan, menurut suruhanjaya kesihatan wilayah dalam satu kenyataan.

Seramai 201 orang sekarang telah didiagnos dengan virus tersebut di China.

Di Wuhan, 170 orang masih menerima rawatan di hospital, termasuk sembilan dalam keadaan kritikal, menurut suruhanjaya kesihatan bandar.

Wuhan merupakan sebuah bandar seramai 11 juta penduduk yang berkhidmat sebagai hab pengangkutan utama, termasuk ketika cuti tahunan Tahun Baharu Cina ketika ratusan juta rakyat berkunjung ke seluruh negara melawat kaum keluarga. — AFP

Advertisement