Anda di sini

WARISAN tiada kaitan insiden serang Papagomo

Advertisement
LORETTO
LORETTO

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menafikan terlibat dengan insiden kekerasan ke atas Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 7.30 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) kelmarin.

Setiausaha Agung WARISAN Datuk Loretto Padua berkata, pihaknya tidak mengetahui langsung kejadian berkenaan sehingga ia ditularkan.

"Kami tidak tahu berkenaan insiden itu sehinggalah ia ditularkan. WARISAN tidak akan menyokong mana-mana budaya samseng kerana itu bukan budaya kami di sini.

"Walaupun Papagomo menunjukkan aksi samsengnya sebelum ini hingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak. Namun, ia tidak bermakna kita perlu meletakkan maruah kita serendah Papagomo," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, WARISAN tidak akan berkompromi dengan budaya samseng terutama yang melibatkan nama parti.

Dalam kejadian itu, Papagomo dikatakan dihampiri lebih 10 lelaki yang tidak dikenali dan cuba bertindak agresif hingga berlaku insiden tolak-menolak sebelum dileraikan pihak polis.

Rakaman video kejadian itu turut dirakam oleh orang awam sebelum menjadi tular di media sosial.

 

  • oleh
  • Advertisement