Anda di sini

PSB jadikan program beri sumbangan kepada golongan memerlukan sebagai aktiviti tahunan - Wong

Advertisement
Wong menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina PSB kepada Kapten Cathy mewakili penerima di The Salvation Army Chlidren' Home. - Gambar oleh Chimon Upon
Wong menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina PSB kepada Kapten Cathy Aloba mewakili penerima di The Salvation Army Chlidren's Home. - Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan menjadikan aktiviti memberi sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik dan memerlukan program tahunan parti setiap kali menjelang musim perayaan.

Presidennya Dato Sri Wong Soon Koh berkata aktiviti itu yang baharu dimulakan tahun ini akan diteruskan menyedari ada golongan tidak dapat meraikan hari perayaan disebabkan pelbagai masalah.

"Tahun Baharu Cina tahun ini, kita memberi sumbangan dalam bentuk angpau dan buah limau kepada mereka kurang bernasib baik.

"Kali ini PSB memberi sumbangan kepada penghuni The Salvation Army Boy's Home, pesakit di Wad Kanser Hospital Umum Sarawak (HUS), peniaga dan orang ramai di Pasar Tahun Baharu Cina Kenyalang, Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak dan The Salvation Army Chlidren's Home," katanya.

Wong bersama ahli PSB dan sebahagian penerima sumbangan Tahun Baharu Cina di bawah Persatuan Orang Bagi Orang Buta Sarawak mengucapkan 'Gong xi Fa Cai'. - Gambar oleh Chimon Upon
Wong bersama ahli PSB dan sebahagian penerima sumbangan Tahun Baharu Cina di bawah Persatuan Orang Bagi Orang Buta Sarawak mengucapkan 'Gong xi Fa Cai'. - Gambar oleh Chimon Upon

Beliau berkata demikian ketika mengetahui PSB menyampaikan sumbangan kepada 50 kanak-kanak di The Salvation Army Chlidren' Home di sini hari ini.

Terdahulu Soon Koh menyampaikan sumbangan kepada 36 penerima yang bernaung di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak di sini.

Hadir sama Penasihat PSB, Dr Chou Chu Ming, Setiausaha Eksekutif PSB Margaret Fong serta beberapa ahli PSB termasuk Pengerusi PSB Ngemah Susan Clement.

  • oleh
  • Advertisement