Anda di sini

Polis serbu premis hiburan, 112 individu diperiksa

Advertisement
 Polis memeriksa 112 individu di sebuah premis hiburan di Kota Kinabalu menerusi serbuan Ops Noda/Cantas/Tapis.
OPERASI: Polis memeriksa 112 individu di sebuah premis hiburan di Kota Kinabalu menerusi serbuan Ops Noda/Cantas/Tapis.

KOTA KINABALU: Polis memeriksa 112 individu semasa menjalankan serbuan Ops Noda/Cantas/Tapis ke sebuah premis pusat hiburan di sini, kira-kira jam 2.25 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pemeriksaan melibatkan 60 lelaki dan 52 wanita yang terdiri daripada pelanggan dan pekerja di premis terbabit.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap lapan individu iaitu lima lelaki dan tiga wanita pula mendapati salah seorang daripada mereka positif menggunakan dadah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis itu mempunyai lesen sah dan beroperasi mengikut syarat-syarat seperti yang termaktub dalam lesen,” katanya, di sini, semalam.

Habibi berkata operasi itu disertai sepasukan pegawai dan anggota polis cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata tidak ada sebarang rampasan dilakukan pasukannya di dalam operasi itu, bagaimanapun, siasatan lanjut terhadap tangkapan akan diteruskan.

  • oleh
  • Advertisement