Anda di sini

Polis Padawan menganjur program di SMK Sri Matang

Advertisement
 Aidil merakam kenangan bersama warga SMK Sri Matang.
DIDIK: Aidil merakam kenangan bersama warga SMK Sri Matang.

KUCHING: Polis Padawan mengadakan Program Amalan Guru Penyayang, Program Senyum Sapa Salam dan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Matang 2020 Selasa lalu.

Majlis perasmian program itu disempurnakan Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan yang ditemani Pengetua SMK Sri Matang Maseli Idi serta wakil-wakil jabatan Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan.

Program itu dihadiri 63 guru dan 1,016 pelajar tingkatan satu hingga lima dari sekolah tersebut.

Program itu diperkenalkan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan membentuk nilai kasih sayang pelajar dan guru.

Selain itu, ia bagi menarik minat pelajar hadir ke sekolah dan mengurangkan salah laku pelajar serta meningkatkan indeks pencapaian utama (KPI) kehadiran dan akademik sekolah.

Pada program itu, Aidil turut mengadakan perbincangan dengan pengetua sekolah tersebut mengenai masalah disiplin pelajar.

Advertisement