Anda di sini

Polis kesan ibu kandung bayi ditinggalkan bawah pohon pisang di Sibu

Advertisement
STANLEY
STANLEY

SIBU: Polis masih mengesan ibu kepada bayi ditinggalkan berhampiran sebatang pohon pisang di Sibu Jaya di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang lelaki berumur 45 tahun, kira-kira jam 9.30 pagi.

“Sehingga hari ini, polis masih mengesan ibu kepada bayi terbabit bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Bayi terbabit dilaporkan stabil dan masih ditempatkan di Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi atau melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran.

Pada 17 Januari lalu, seorang petani terkejut apabila terdengar tangisan bayi malang berkenaan dari kawasan semak, ketika dia hendak membuang sampah di luar rumahnya.

Bayi itu kemudian dibawanya pulang ke rumah untuk dibersihkan sebelum dibawa ke Balai Polis Sibu Jaya bagi diserahkan kepada polis.

Katanya, ambulans Hospital Sibu telah datang ke balai untuk membuat pemeriksaan sebelum membawa bayi itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Berita berkaitan: Bayi masih bertali pusat dijumpai di pohon pisang

  • oleh
  • Advertisement