Anda di sini

Pertandingan mewarna sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2020, 8 Mac

Advertisement
 Wong Ung (enam kiri), Cheng (lima kanan) dan Lau (tiga kanan) menyerahkan borang penyertaan kepada Pek Huong (lima kiri), Chan (enam kanan) dan Yu sambil diperhatikan yang lain.
SERTAI KAMI: Wong Ung (enam kiri), Cheng (lima kanan) dan Lau (tiga kanan) menyerahkan borang penyertaan kepada Pek Huong (lima kiri), Chan (enam kanan) dan Yu sambil diperhatikan yang lain.

SIBU: Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2020 akan diadakan pada 8 Mac.

Menurut Presiden Persatuan Aktiviti Rakyat Bersatu Wong Ung, pertandingan berkenaan merupakan anjuran bersama Persatuan Aktiviti Rakyat Bersatu dan Yayasan Buah Pinggang Sibu dengan kerjasama Sibu Xsport’s Club dan Kelab Basikal Swan Sibu.

Beliau berkata, pertandingan bertemakan ‘Minum Lebih Banyak Air Untuk Kesihatan Buah Pinggang’ akan berlangsung di Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong, bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.

“Kita menyasarkan penyertaan kira-kira 1,000 hingga 1,500 kanak-kanak.

“Diharap aktiviti ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai,” katanya pada sidang media kelmarin.

Hadir sama Pengurus Yayasan Buah Pinggang Sibu Ivy Lau, Pengerusi Persatuan Guru Tadika Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit Wong Pek Huong, Pengerusi Persatuan Guru Cina Sibu Chan Siah Kuong dan Timbalan Pengetua SM Wong Nai Siong Yu Yien Ching.

Wong menambah, pelbagai hadiah menarik dalam bentuk wang tunai dan sijil penyertaan menunggu para pemenang.

“Semua peserta diminta membuat pendaftaran pada hari pertandingan jam 7.30 pagi dan pendaftaran yang lewat tidak akan dilayan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Buah Pinggang Sibu (084-343500), Wong Ung (010-4009121) atau SM Wong Nai Siong (084-215732).

Advertisement