Anda di sini

Penduduk Kg Rampayan perlu bersabar untuk kerja-kerja pembesaran sungai

Advertisement
 Kenny (empat kiri) menyampaikan kalendar serta jemputan Tahun Baharu Cina kepada seorang penerima, turut kelihatan ialah Leslie (tiga kanan).
JEMPUTAN: Kenny (empat kiri) menyampaikan kalendar serta jemputan Tahun Baharu Cina kepada seorang penerima, turut kelihatan ialah Leslie (tiga kanan).

 

KOTA KINABALU: Penduduk kampung Rampayan Manggatal serta mereka yang tinggal di sekitarnya diminta untuk bersabar untuk kerja-kerja pembesaran sungai kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Kenny Chua berkata, pembesaran sungai berkenaan adalah dibawah kuasa Jabatan Pengairan.

"Mereka mempunyai jawatankuasa pemantau pelaksanaan projek berkenaan tetapi bergantung kepada kekuatan kewangan yang ada.

"Rancangan dan projek sudah ada, tetapi bergantung kepada faktor kewangan...kita di sini tidak tahu sebabnya dan tidak boleh campur tangan dalam pengurusan mereka keranan Sabah mempunyai banyak sungai untuk dilihat," katanya ketika ditemui selepas mengadakan Tinjau Mesra sempena Tahun Baharu Cina 2020, di Pekan Telipok semalam.

Bagaimanapun katanya, keperluan pembesaran sungai di Kampung Rampayan Manggatal sangat mendesak kerana setiap kali hujan ianya menyebabkan banjir kilat kepada para penduduk di sekitarnya.

Dalam pada itu, Ketua Masyarakat Cina (Kapitan Inanam) Leslie Chin berkata, Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Inanam akan diadakan pada 29 Januari dan 30 Januari depan.

Katanya, rumah terbuka itu diadakan di kawasan Inanam Baru bermula 4 petang sehingga 10 malam.

"Pelbagai gerai jualan akan dibuka sepanjang dua hari berkenaan bermula jam 4 petang. Acara kemuncak adalah pada 30 Januari yang mana tetamu kehormat yang dijangka hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Kenny Chua dan ADUN Karambunai Azhar Matussin.

"Acara yang dianjurkan oleh PKR Inanam ini turut menjemput beberapa artis tempatan serta ahli silap mata untuk menghiburkan para tetamu," katanya.

Katanya, angpau turut akan diedarkan kepada semua kanak-kanak yang hadir dalam majlis berkenaan.


 

  • oleh
  • Advertisement