Anda di sini

Pemimpin Sarawak berkeupayaan, berkebolehan pimpin negeri

Advertisement

KUCHING: Rakyat Sarawak harus memastikan negeri ini   sentiasa diperintah dan ditadbir oleh pemimpin Sarawak.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata, pemimpin Sarawak masa kini mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk memimpin negeri ini.

“Meskipun peruntukan bagi projek-projek di negeri ini dipotong oleh kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH), namun ekonomi negeri ini berkembang dengan baik.

“Rakyat Sarawak menerima dan menghormati antara satu sama lain dan tidak ada ketegangan agama mahupun kaum di negeri ini berbeza dengan di Semenanjung,” katanya.

Tambah Minos, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berulang kali menegaskan bahawa hanya orang Sarawak tahu dan mampu menjaga Sarawak.

“Kami sangat bersetuju dengan Ketua Menteri dan maaf untuk dikatakan bahawa orang bukan Sarawak tidak ada tempat untuk memerintah dan mentadbir Sarawak,” katanya.

Ujar Minos lagi, orang Sarawak tidak boleh ambil risiko kehilangan banyak perkara baik mengenai Sarawak termasuk kuasa ke atas imigresen.

“Jika mereka dari Semenanjung mengambil alih pentadbiran negeri kita, mereka akan mengawal dan mendominasi kita di sini.

“Ia sudah dapat dilihat kini dan rakyat Sarawak tidak boleh mengambil risiko kehilangan hak-hak negeri ini lagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement